Pas Takut Dengan Barisan Calon BN/UMNO Kelantan!
Posted on Monday, February 25 @ 19:38:23 MYT
Ibnu Hussin
Pemimpin-pemimpin Pas nampak semakin takut dan rasa tergugat dengan barisan calon Barisan Nasional (BN)/UMNO yang diumumkan bagi berdepan pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac ini bagi merealisasikan wajah "Kelantan Baru".
Tidak sampai pun 24 jam nama-nama calon BN diisytiharkan media-media rasmi mereka memulakan misinya untuk memfitnah Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan mendakwa bakal Menteri Besar BN di Kelantan itu mahu menjadikan negeri tersebut sebagai “Serambi Maksiat”.
Inilah bukti bahawa Pzx begitu takut dengan barisan baru yang akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke 12 akan datang ini.
Malah ketakutan mereka semakin jelas bila mereka terpaksa mempersoalkan pernahkah rakyat Kelantan melihat Awang Adek menjadi penyampai tazkirah setiap minggu atau setidak-tidaknya memimpin solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya' setiap hari seperti yang dilakukan 'Tok Guru'.
Malahan mereka terpaksa lagi memperlekehkan kewibawaan Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan mengatakan tuntutan politik mengatasi ilmu dan daya intelek beliau yang memilik Doktor Falsafah dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Kalau setakat menjadi penyampai tazkirah yang menggunakan ayat-ayat Quran untuk kepentingan diri dan politik sempit serta memperalatkannya untuk menghalalkan maki-hamun terhadap sesama Islam, adakah ini akhlak yang sepatutnya dipamerkan oleh seorang yang dikatakan 'Tok Guru'?
Bagaimana pula dengan gejala minum arak di Kelantan yang menjadi-jadi di mana mereka menuang arak ke dalam bekas lain untuk diminum untuk mengelakkan dari dapat dikesan oleh pihak penguatkuasa?
Wah! Ini lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan di negeri-negeri lain.
Malahan, lesen penjualan arak semakin bertambah kerana pemimpin Pas ingin mengutip duit hasil dari penjualan lesen tersebut.
Tambahan lagi, terdapat pelacur-pelacur di sekitar bandar Kota Bharu yang memakai tudung.
Bukankah Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang baru sahaja menyatakan kekaguman beliau terhadap demonstrasi jalanan yang diadakan di Amerika Syarikat sehingga beliau berjanji akan membenarkan demonstrasi jalanan jika pembangkang menang?
Jadi kenapa pula tiba-tiba memperlekehkan seorang pemimpin UMNO yang berkelulusan Doktor Falsafah dari negara pujaan beliau itu?
Ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu dakyah untuk memperkecilkan jasa Datuk Dr Awang Adek Hussin terhadap negara.
Nampaknya kejatuhan Pas akan tiba di Kelantan tidak lama lagi dan inilah buktinya kerana mereka begitu bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan imej Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Komentar- Inilah apa yang dikatakan oleh umno kepada Pas,tetapi akhirnya Pas menang mudah di kelantan.....Tengok keputusannya.
No comments:
Post a Comment