Labels

Friday, March 14, 2008

Ketua Menteri Pulau Pinang Ke-4


Lim Guan Eng (Cina : 林冠英; pinyin: Lín Guānyīng)

Beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP). DAP berjaya menyapu bersih kesemua 19 kerusi DUN Pulau Pinang yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12. Beliau merupakan anak lelaki kepada Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, dan berkahwin dengan Betty Chew, salah satu anggota yang disegani dalam parti DAP.

Pendidikan awal

Lim Guan Eng memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudianya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Pada pendidikan menengahnya pula, beliau belajar di Batu Pahat High School dan Melaka High School. Beliau melanjutkan pelajaran tingginya ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi dan diiktiraf sebagai akauntan profesional yang berkelayakan pada 1983. Beliau pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society).

Karier politik

Lim menghadapi perlantikan pertama sebagai Anggota Parlimen Kota Melaka pada 1986, selepas menewaskan Soh Chin Aun dengan majoriti 17606 undian. Beliau kemudian kembali dipilih pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, meskipun dengan undian majoriti yang berkurangan. Beliau kemudian menjadi orang yang pertama pernah dilantik dalam tiga penggal berturutan di Kota Melaka. Beliau menjadi alumni Melaka High School yang pertama mencapai rekod tersebut

Di dalam Parti Tindakan Demokratik, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Sosialis DAP pada 1989 dan sekali lagi dilantik pada 1992. Pada 1995, beliau dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP. Lim dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004, dan memegang posisi itu sehingga kini.

Lim terpaksa meninggalkan bidang politik selama lima tahun dari 26 Ogos 1999 sehingga 25 Ogos 2004 kerana tidak dibenarkan oleh makhamah untuk menjadi Ahli Parliamen. Penggantungan ini disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Selepas rayuan diterima, Lim dipenjarakan selama 18 bulan. Beliau, walaubagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999. Disebabkan pemenjeraan tersebut beliau tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya selama 5 tahun, dan beliau kembali bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Beliau merupakan calon bagi kerusi parlimen Bagan dan juga kerusi DUN Air Puteh di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12.

Pada 2005, Lim melakar kejutan pertarungan ketika mengadakan kempen pilihan raya di Melaka ke atas komiti DAP yang mana beliau dan isterinya terakhir dan kedua-terakhir (masing-masing). Walau bagaimanapun, Lim masih teguh berada pada posisi Setiausaha Agung DAP, beliau secara automatik termasuk antara komiti di bawah perlembangan parti. Walaupun isterinya bertindak sebagai ketua wanita Melaka DAP, tetapi isterinya tidak termasuk dalam komiti. [1] Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP yang mengesyorkan konspirasi di belakang Lim dan Chew dihalau daripada komiti. [2]

Pada pilihan raya umum 2008, Lim muncul kembali dalam arena politik, memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang. Beliau berjaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP menumbangkan penguasaan daripada Barisan Nasional.



Kehidupan peribadi

Lim berkahwin dengan Betty Chew. Beliau dikurniakan empat cahaya mata.

No comments: