Labels

Friday, March 28, 2008

Dr Mahathir tak mahu memimpin orang penakut




Saya tak mahu memimpin orang penakut – Dr Mahathir

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Nasihat Tun Dr Mahathir Mohamed kepada orang Melayu berbunyi begini,"dalam bahasa Inggeris kata, no risk no gain …kalau tak berani kita tak dapat untung apa-apa…"

“Ini maknanya orang Melayu kena berani…kena berani", kata bekas Perdana Menteri itu kepada wartawan Agendadaily yang kebetulan bersua sejenak dengannya semasa beliau membeli belah di The Mall, Kuala Lumpur, petang Ahad.

Beliau yang ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan beberapa orang pegawal peribadi tiba di pusat beli belah itu lebih kurang jam 6.30 petang.

Dr Mahathir baru pulang dari menonton Formula One di Sepang nampak sihat dan segak dengan baju khas berlambangkan F1.

Beliau nampak kelihatan tidak kekok dengan suasana orangramai yang berhenti sejenak memerhatikannya malah sempat melayan orangramai yang datang menemui untuk bersalam, bertanya khabar dan bergambar.

Selepas membeli barangan di bahagian pasaraya,Dr Mahathir menuju ke sebuah kedai buku untuk melihat beberapa buku untuk bahan bacaannya.

Semasa perjalanan menuju ke kereta wartawan Agendadaily sempat juga bertanya tentang pasukan mana yang menang dalam perlumbaan F1 tadi, Dr Mahathir menjawab,"tadi, tempat pertama Ferrari dan kedua Sauber Petronas".

Beliau nampak semacam berbangga sikit bila sebut Sauber Petronas yang dapat tempat kedua.

Bertanya tentang senario politik semasa khususnya mengenai kenyataannya baru ini bahawa orang Melayu sekarang mempunyai sindrom takut, beliau lantas berkata ," sejak 400 tahun dulu lagi orang Melayu dijajah sebab penakut".

Ditanya bila orang Melayu patut bangkit, Dr Mahathir dengan ringkas menjawab,"la..lah (sekaranglah)".

Ditanya samada beliau mahu menerima sekiranya ada sokongan padu ahli UMNO untuk memimpin semula UMNO , bekas Perdana Menteri itu menjawab,"saya tak mahu memimpin orang penakut…"

Beliau bersama isteri meninggalkan pusat beli belah itu pada lebih kurang jam 7.23 petang.- 23/3/2008

No comments: