Labels

Thursday, March 13, 2008

Menteri Besar Kedah ke-9...




Ustaz Azizan angkat sumpah jawatan MB Kedah

09/03/2008 3:46pm

ALOR STAR 9 Mac — Pesuruhjaya Pas Kedah, Ust Hj Azizan Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Wisma Darul Aman di sini, petang ini.

Azizan, 64, menyempurnakan upacara angkat sumpah itu yang berakhir 3.30 petang ini di hadapan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Pemilihan Pesuruhjaya Pas Kedah itu sebagai Menteri Besar dibuat selepas parti itu memenangi paling banyak kerusi berbanding dua lagi parti pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-12, semalam.

Pakatan pembangkang memenangi 21 kerusi dengan Pas meraih 16 kerusi, PKR (empat) dan DAP (satu) berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 14 daripada sejumlah 36 kerusi DUN. Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.(tapi akhirnya calon bebas masuk PKR dan terus menjadi exco Kerajaan Negeri Kedah).

Bagi 15 kerusi Parlimen di Kedah, Pas memenangi enam kerusi, PKR (lima) dengan BN (empat- Parlimen Langkawi,Jerlun,Kubang Pasu dan Alor Star).

Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Undang-Undang dari University of Kent, United Kingdom. Beliau juga merupakan bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan anggota jawatankuasa(AJK) PAS Pusat. — BERNAMA.


Artikel lain

Wawancara dengan Menteri Besar baru Kedah
Posted on Wednesday, March 12 from Harakahdaily


Kira-kira sebulan sebelum menjelangnya tarikh Pilihanraya Umum ke 12 lalu, Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Besar Kedah ketika itu pernah menyuarakan di akhbar bahawa beliau sebagai ketua kerajaan tidak langsung menghadapi masalah dengan kekuatan pembangkang di Kedah, malah menganggap parti KeADILan langsung tidak berpengaruh dan hanya menumpang nasib kepada PAS di Kedah.

Kuasa Allah menentukan segalanya, Menteri Besar Kedah yang baru, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak ketika menjadi ketua pembangkang dalam Dun Kedah dalam persidangan terakhir tahun lalu pernah berkata ketika beliau bangun menangkis segala tohmah jahat wakil BN, katanya: "Wakil di sebelah sana jangan sombong sangat, mana tau lepas pilihanraya nanti yang sebelah sana mai duduk sebelah sini, kami pulak yang duduk di sebelah sana."

Ternyata keputusan 8 Mac lalu mengiyakan kata-kata Ustaz Azizan itu, 9 Mac beliau telah ditabalkan sebagai Menteri Besar, PAS Kedah menang dengan 16 kerusi Dun dan 6 kerusi Parlimen, manakala KeADILan memenangi empat kerusi Dun dan 5 Parlimen, masing-masing satu kerusi oleh DAP dan Bebas.
Tiga hari sebagai Menteri Besar, wakil di Kedah sempat menebual secara ringkas dengan Menteri Besar Kedah yang baru.

Soalan: Bagi pihak warga kerja Harakah, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Ustaz dan PAS Kedah yang berjaya menawan negeri ini, boleh ustaz beri sedikit ulasan secara umum faktor-faktor kemenangan PAS di Kedah.

Ustaz Azizan: Terima kasih, Bismillahhirahmanirrahim, sebenarnya gelombang perubahan telah berlaku, alhamdulillah rakyat telah memberikan kepercayaan kepada kita, rakyat menolak BN tetapi dalam semangat perpaduan yang tinggi, BN ditolak kerana rasa tidak puas hati yang tinggi, BN sudah tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kepada rakyat, rakyat sudah matang dan saya ucapkan syabas dan terima kasih.

Ini juga melambangkan kesepakatan yang kuat antara PAS dan PKR, satu pakatan yang berkesan dan ahli menerimanya. Disamping itu tindakan kurang bijak BN hingga gagal memberi tumpuan kepada rakyat, BN telah nafikan hak rakyat sebab itu mereka gagal.

Soalan: Apa prioriti yang akan ustaz berikan dalam 100 hari pertama sebagai Menteri Besar?

Ustaz Azizan: Pada tahun 70-an kita pernah ada dalam BN, disingkirkan kemudiannya, generasi hari ini generasi bermaklumat jadi kita kena selesaikan semua kehendak mereka, bukan mudah juga sebagai sebuah kerajaan baru, tetapi saya akan lebih menumpukan kepada aspek pentadbiran dulu.

Soalan: Adakah kejayaan Kelantan akan menjadi model kepada kerajaan ini?

Ustaz Azizan: Ya, mana yang baik kita akan jadikan teladan, bukan sahaja Kelantan malah contoh-contoh dari negeri lain pun, mana-mana sahaja yang baik kita akan ikut.

Soalan: Bagaimana pula dengan perlaksanaan Undang-undang Syariah.

Ustaz Azizan: Ia belum dikaji, bukan tidak ditumpukan tetapi kita akan laksanakan perkara yang menjadi keutamaan dahulu.

Soalan: Apa yang menjadi fokus Ustaz di awal ini?

Ustaz Azizan: Kita akan menuju ke arah Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua, kita mahu rakyat hidup dengan tiada sebarang tekanan, tidak berlaku masalah sosial yang membimbangkan dan kebajikan yang dirasi bersama, hidup dalam perpaduan yang tinggi dan terjamin dari segi keselamatan.

Soalan: Sumber pendapatan Kedah agak terhad, hutang banyak, bagaimana ia akan diatasi.

Ustaz Azizan: Hutang Kedah sebanyak RM 2 billion, ini hutang dulu, kita akan bincang dengan UPEN, bincang dengan juru runding yang mempunyai kepakaran bagaimana hendak perkembangkan ekonomi berdasarkan sumber yang ada.

Soalan: Apa kita nak buat dengan penyelewengan yang dilakukan oleh BN dulu?

Ustaz Azizan: Bukan seleweng, tapi mereka belanja tidak berhemah, semua ini akan tidak kita ulangi.

Soalan: Bagaimana pula nasib beberapa projek yang telah siap tetapi gagal berfungsi umpamanya chalet di Pulau Payar dan sebagainya.

Ustaz Azizan: Semua itu kita akan review balik.

Soalan: Harapan Ustaz kepada semua senarai Exco yang bakal mengangkat sumpah esok dan juga wakil rakyat PAS yang lain.

Ustaz Azizan: Ya, semestinya mereka hendaklah bekerja dengan hati yang ikhlas, taat akan perintah Allah, kena ingat kita akan ditanya di akhirat nanti tentang amanah yang telah diberikan ini, saya selaku ketua kerajaan insyaallah akan membimbing exco serta wakil rakyat dan bertindak sebagai ketua seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.

Soalan: Bagaimana dengan pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh BN?

Ustaz Azizan: Kita tidak akan balas dendam, walalupun dulu kita dianaktirikan oleh BN, tetapi dasar kita tidak begitu.

Soalan: Secara ringkas pesanan Ustaz kepada rakyat bukan Islam di Kedah.

Ustaz Azizan: Semua kita adalah sama, jangan ada rasa curiga dan sebagainya, kita yakin rakyat sudah kenal apa itu PAS, PAS tidak pernah menzalimi rakyatnya. Begitu juga dengan kerajaan BA.

Soalan: Akhirnya Ustaz, apa pesanan ustaz kepada penyokong dan ahli PAS.

Ustaz Azizan: Ya kita menang kali ini, tapi kita mesti bersabar, teruskan istiqomah dengan perjuangan dan kita hendaklah banyak bergantung pada Allah.


Biodata Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak

- Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah
- Dilahirkan pada tahun 1944
- Datuknya, Haji Ali Awang adalah pengasas pondok di kawasan itu pada tahun 1920-an.
- Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan mesyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British.
- Dua orang ayah saudaranya adalah penghulu
- Salah seorang dari mereka, Haji Ahmad Haji Awang adalah bekas Adun BN pada tahun 1990 di Sala.

Pendidikan

- Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
- Maktab Mahmud, Alor Setar (1959 - 1965)
- Universiti Al-Azhar,Mesir
- University Of Kent, Centerbury,United Kingdom.


Kerjaya

- Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Setar (1966)
- Ketua Jabatan Syariah, UKM
- Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina.
- Pensyarah sambilan UIAM (1983-1984, 1986-1995) Politik
- sertai PAS pada tahun 1978 di England
- 1986 aktif di Malaysia
- Menang di Dun Sala (Sungai Limau) mulai 1995 hingga sekarang
- Naib Presiden PAS (2003-2005)
- Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003)
- Ahli Majlis Syura Umalak PAS (1991 hingga sekarang)
- AJK PAS Pusat (1993 hingga sekarang)
- Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang)
- Setiausaha PAS Kedah (1995-1999)
- Mewakili PAS ke MAPEN (1989)

NGO

- Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
- AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
- AJK Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)

Aktiviti semasa di IPT.

- Persatuan Melayu Mesir (PMERAM), antara jawatan yang pernah disandang adalah Naib Yang DiPertua, Naib Setiausaha Agung, Pengerusi Badan Kebajikan, Pengerusi Badan Penerangan dan Pengerusi Badan Protokol.
- Malaysian Islamic Study Group (MISG) - England (AJK) - Persatuan Melayu United Kingdom (PMUK) - AJK Pengalaman Antarabangsa - Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi, India 1(980) - Pembentangan kertas kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila (1983) - Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995) - Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001) - Conference Of South East Asia Islamic Law, Manila.

Menulis beberapa buah buku antarabangsa

- Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina.
- Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair And Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986.
- Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines: And Exploratory and Comprative Study, terbitan Shoutheast Asian Studies Program.
- Menulis beberapa artikel dan jurnal dalam Bahasa Inggeris dan Melayu dalam beberapa majalah antarabangsa.

1 comment:

MRS KABU LAYU said...

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

Terima kasih semua.