Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Tuesday, August 5, 2008
Bila guru kencing berdiri
Seorang kawan memberitahu saya, kalau hang memperleceh-lecehkan sehelai baju misalnya, baju tu tak terasa apa, tetapi yang sangat tersinggung ialah tukang buat baju tu. Macam tu lah jugak kalau hang menghina orang kerana dia hitam atau kerana apa sahaja sifat fizikalnya, bangsanya atau apa-apa sahaja yang berkaitan ketentuan Tuhan, yang lebih tersinggung sebenarnya ialah Tuhan yang mencipta orang itu.
Ketika kemuncak saya membenci Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, saya tak suka orang mengungkit keturunannya, memanggilnya Mamak, Keling dan sebagainya. Baik dan jahat seseorang itu bukan kerana bangsa.
Saya berbangga dengan ketetapan Tuhan yang menetapkan saya sebagai Melayu. Saya tahu, ramai orang Melayu yang jahat. Tetapi, ramai juga yang baik. Adakah jahat dan baik kerana mereka berbangsa Melayu?
Saya juga tidak suka dengan cakap-cakap sesetengah orang PAS yang mendakwa kononnya Melayu tidak penting, yang penting Islam. Suka hati merekalah nak cakap macam tu. Bagi saya, apa sahaja ketetapan Tuhan ke atas saya adalah penting. Dan, oleh kerana Allah menetapkan saya menjadi Melayu, dengan sendirinya Melayu juga penting.
Saya juga menegur beberapa kawan yang berketurunan Mamak atau Cina yang malu-malu nak sebut tentang keturunan mereka. "Hampa kena bangga dengan keturunan hampa. Kalau aku Mamak, dah lama aku buat network dengan adik-beradik Mamak aku. Depa orang berniaga, banyak untungnya. Kalau aku Cina, lagilah!"
Awat yang saya tulis semua ni? Dok berletiaq (berleter) apa pagi-pagi ni? Kalau berletiaq pun, semuanya disebabkan saya sakit hati dengan berita di bawah mengenai guru yang kencing berdiri yang akan menyebabkan murid-muridnya kencing berlari.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment