Labels

Sunday, August 10, 2008

Kabinet bayangan Anwar Ibrahim

























PERDANA MENTERI : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
MERANGKAP MENTERI KEWANGAN

TIM PERDANA MENTERI : SDR LIM KIT SIANG
MERANGKAP MENTERI PERTAHANAN

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI :
SDR TIAN CHUA,
SDR GOBALAKRISHNAN
SDR IRENE FERNANDEZ
SENATOR YONG TECK LEE
SDR WILLIAM LEONG

MENTERI KEWANGAN KEDUA : SDR TONY PUA

MENTERI DALAM NEGERI : SDR KARPAL SINGH

(sumber dari blog ahli Parlimen DAP, Ipoh Barat, M. Kulasegaran)

PR sudah mula bentuk Kabinet bayangan

SHAH ALAM – Walaupun belum memerintah negara, tetapi Pakatan Rakyat (PR) sudah membentuk ‘Kabinet bayangan’ yang diterajui Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain menjadi perdana menteri, Anwar juga akan memegang portfolio Menteri Kewangan.


Katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.


”Terdapat kemungkinan struktur ’kabinet bayangan’ itu akan diubah berdasarkan pengalaman PR dalam mentadbir kerajaan Selangor. Rasanya kita akan ubah dan lakukan.


Tetapi saya rasa setelah kita berdepan usaha mengubah Selangor selama empat bulan jadi saya rasa perkara ini tidak menjadi persoalan lagi.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diterajui oleh Tian Chua, Gobalakrishnan, Irene Fernandez, Senator Yong Teck Lee dan William Leong.


Struktur ‘kabinet bayangan yang terdapat di dalam laman blog Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran itu menyenaraikan Tony Pua sebagai Menteri Kewangan II dan Karpal Singh sebagai Menteri Dalam Negeri.


Abdul Khalid berkata, konsep Merakyatkan Ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor sekarang akan dipraktikkan dalam sistem pentadbiran PR sekiranya mereka memerintah negara.


“Kalau dapat tadbir negara, konsep merakyatkan ekonomi akan dilakukan dan seperti yang kita telah beritahu bahawa harga minyak akan diturunkan,” katanya.

(dipetik dari akhbar Sinar Harian Nasional, bertarikh 2 Ogos 2008, mukasurat N2)

No comments: