Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Tuesday, August 5, 2008
Pas ditipu Umno atas nama muqabalah?
Seorang Burhan berbalada dalam munajatnya ...
Walaubagaimanapun Ya Tuhan,
Aku tertanya-tanya, ikhlaskah Pas ketika mereka muzakarah, muqabalah, menggunakan ayat "menyatupadukan Islam dan Melayu?"
Semua orang tahu bahawa Umno tak pernah ikhlas. Tapi, adakah Pas juga ikhlas? Sejak dulu, Pas menyatakan Umno tidak mahu perjuangkan Islam. Tiba-tiba mereka menjadi 'yakin' kepada Umno sebagai rakan muzakarah untuk menyatupadukan Islam.
Tuhan,
Kenapakah pimpinan Pas terlalu mudah menerima tawaran Umno untuk bertemu, bermuzakarah dan bermuqabalah?
Syukurlah kerana menggerakkan hati TG Nik Aziz untuk meletakkan syarat kepada Umno, iaitu melaksanakan hudud sebagai syarat pertemuan. Jadi, kami tidak ketandusan pemimpin yang bijak juga.
Aku tidaklah dapat menerima kenyataan dengan sesungguhnya Pas ingin muzakarah dan bermuqabalah atas nama perpaduan Islam dan Melayu.
Umno bukan bodoh. Lihatlah apa kata Shabery Cheek terhadap kenyataan Nik Aziz itu. Dituduh pula kita tidak ikhlas kerana meletakkan syarat demi syarat. Sebenarnya, inilah yang perlu pimpinan Pas lakukan untuk menguji keikhlasan Umno dalam menyatukan Melayu dan Muslimin di Malaya ini.
Nik Aziz tidak meletakkan syarat tahanan ISA dibebaskan, bahasa Melayu dikembalikan ke bahasa ibunda. Tapi, bagi diriku ya Allah, itu pun sudah cukup untuk menguji keikhlasan Umno untuk menyatupadukan Melayu.
Mungkin jiwa mursyidul am lebih kepada isu hudud berbanding niat untuk membebaskan tahanan ISA dan memperjuangkan isu pengajaran Bahasa Melayu dalam Sains & Matematik. Mungkin sejak dulu beliau perjuangkan isu hudud, maka sebab itulah diletakkan syarat itu untuk menguji Umno.
Apa-apa pun, mursyidul am memang 'clear' dalam hal menguji Umno ini. Dari cara tindakannya, beliau memang sedar bahawa antara sebab Melayu berpecah ialah kerana ada idea yang bercanggah antara parti-parti itu.
Melayu itu berpecah kerana masih ada orang Melayu yang ditahan ISA dan Umno masih berdegil dan enggan bebaskan mereka. Melayu jadi berpecah kerana mereka tak rela anak-anak diajar Sains, Matematik dalam BI.
Mahasiswa Melayu (termasuk pelajar yang bukan Melayu) berpecah kerana Umno masih menguatkuasakan Auku. Sementara, pelajar Aspirasi Melayu masih pertahan Auku. Jadi, inilah antara punca perpecahan dan keretakan dalam masyarakat. Tanpa semua ini, nescaya tiada keretakan.
Maka, jika mahu disatukan semula Melayu ini, maka hendaklah tembok-tembok yang memisahkan ini diruntuhkan segera. Inilah yang cuba dibuat oleh Nik Aziz, walaupun tidak menyeluruh. Bagaimanapun, sikap beliau ini telah jelas menunjukkan cara berfikir yang tersusun.
Walaubagaimanapun Ya Tuhan,
Aku tertanya-tanya, ikhlaskah Pas ketika mereka muzakarah, muqabalah, menggunakan ayat "menyatupadukan Islam dan Melayu?"
Semua orang tahu bahawa Umno tak pernah ikhlas. Tapi, adakah Pas juga ikhlas? Sejak dulu, Pas menyatakan Umno tidak mahu perjuangkan Islam. Tiba-tiba mereka menjadi 'yakin' kepada Umno sebagai rakan muzakarah untuk menyatupadukan Muslimin di Malaya.
Dulu pernah dikatakan kepada Umno, "Isytihar Umno tukar perlembagaan kepada Islam, maka esoknya Pas akan dibubarkan."
Kata Pas, tak perlu lagi Pas sebagai parti Islam kerana Umno sudah mahu memperjuangkan Islam. Tapi, sehingga ratapanku ini ditulis, Umno masih lagi berdegil dan tidak mengendahkan hal itu. Maka, berterusanlah Umno dan Pas berkekalan dengan perpecahan dan keretakan sebegitu.
Kemudian, ketika diuji sekali lagi untuk melaksanakan hudud, Umno juga tak bersetuju. Maka, masih lagikah Pas mahu bermuzakarah, muqabalah?
Samada Pas akan ditipu, menipu diri sendiri dan menipu ahli-ahli mereka sendiri. Hal inilah yang menyebabkan hamba dan sahabat jadi 'tension' dengan 'kecerdikan' pimpinan Pas kecuali Nik Aziz, Ya Tuhan.
Langsung mereka tidak menguji keikhlasan Umno kecuali Nik Aziz saja. Hal ini bagaikan menyerah leher untuk disembelih Umno sahaja. Ahli-ahli Pas ini, dalam fikiran hamba bukan alergik dan ada alahan terhadap ayat suci dan keramat, iaitu muzakarah dan muqabalah ya Tuhan.
Hamba tak fikir mereka ada alahan ke atas istilah keramat dan ungkapan suci muzakarah dan muqabalah. Tetapi, mereka geram kepada Pas sebab mudah sangat diperbodohkan Umno atas dasar mahu MENYATUPADUKAN ISLAM DAN MELAYU di Malaya Merdeka ini.
Tidakkah mereka sedar, bahawa bangsa Melayu bawahan itu masih boleh minum-minum semeja dan bekerjasama dalam apa jua majlis keramaian. Yang tidak boleh bersatu hanyalah pimpinan parti Melayu atasan.
Pas sepatutnya gunalah ayat apa-apa pun atas nama muzakarah itu, tapi pastikan bukan atas nama menyatupadukan Islam dan Melayu. Itu saja.
Nak marahkan Umno pun tak boleh dan serba tak kena. Semua orang tau Umno adalah dajjal penipu di Malaysia. Confirm Umno jahat ya Tuhan. Kau yang lebih tahu hakikat kedajalan Umno. Tapi, kenapa Pas mudah ditipu?
Tuhan,
Gerakkan hati pimpinan mahasiswa untuk menyusun memo kepada Pas. Pertama, kalau terjadi muzakarah dan muqabalah itu, maka hendaklah ia dibuat secara siaran langsung seperti mana debat antara Anwar - Shabery.
Di sinilah, rakyat dapat melihat dan menilai siapa yang benar-benar ikhlas menyatupadukan Melayu dan Muslimin. Mustahil Melayu dan Muslimin kita tidak mahu menonton acara muzakarah, muqabalah secara langsung ini.
Tuhan,
Hari ini terpaksa aku keluarkan simpananku yang selama ini jarang-jarang aku sentuh. Bergetar seluruh hati dan perasaanku ketika aku terpaksa mengeluarkan wang simpananku sebanyak RM100.
Semoga tuan rumah sewa akan terima bayaran bulan ini walaupun tidak penuh pembayarannya, RM200.
Apa sudah jadi dengan 'claim' penulisanku pada bulan Mac dan April lalu di lidah rasmi parti berkebajikan? Rasa-rasanya mesti menjangkau RM1,000 lebih.
Suatu masa lalu, dalam benakku ini, terfikir juga kemungkinan aku akan dimusnahkan oleh pimpinan IPT, HEP yang berkiblat kepada Umno dalam kehidupan mereka. Atau, mungkin aku ditahan bapak polisi dan SB-SB.
Rupa-rupanya aku silap. Sedikit demi sedikit, darah dan keringat fikiranku yang tercurah mutakhir ini, telah dilapah percuma oleh parti berkebajikan.
Jika mereka tidak membayar duit sebelum bulan puasa (September), aku terpaksa pulang kampung untuk meneruskan kehidupan baru. Alangkah zalimnya mereka itu ya Tuhan.
Segalanya mereka mahu percuma dan selalu menagih sumbangan buruh. Semuanya diatasnama jihad fi sabilillah. Semuanya telah diatasnamakan ke atas namamu, Tuhan.
Kaum penulis pula yang terpaksa menjaga kebajikan mereka. Selama ini, wartawan dan penulis luar itulah yang mempertahan mereka. Jangan biar mereka uji, mencabar dan menceroboh sempadan wilayah kesabaranku.
Aku ada perut yang mendidih minta diisi, tuan rumah mahukan duit untuk diberi. Hatiku menggelegak menagih kesempurnaan hidup. Kami isytihar medan dan gelanggang menulis di sini sebagai tempat menyabung nyawa.
Tadi telah kuhantar sms demi sms kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab ke atas pengaliran wang. Ada yang ikhlas menjawab. Baguslah kalau masih ada yang mahu bertanggungjawab.
Tuhan,
Aku masih ada pilihan. Sebagai kaum tertindas dan yang dizalimi, maka aku simpan doa ini sepanjang Ramadan nanti. Tuhan, sesungguhnya doa antara yang dizalimi dan diriMu tiada penghadang. Maka, buktikanlah.
Selamat aku, Penarik Beca dan lain-lain kaum penulis kiri yang telah lama menderita kerana menanggung azab sengsara. Amin ...
Sekolah Pemikiran Kg Baru
9:45 p.m, 3 Ogos 2008
http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2262
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment