Labels

Sunday, January 8, 2012

Dr. Hassan Ali dipecat


Jawatankuasa PAS Pusat telah sebulat suara memecat Hassan Ali, Exco Agama Islam Selangor yang pernah menjadi Naib Presiden PAS dan pernah juga memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan merupakan calon Menteri Besar Selangor jika PAS menang banyak kerusi dalam PRU12 lalu (tetapi disebabkan PAS hanya menang sedikit kerusi dalam PRU lepas, jawatan tersebut diberi laluan kepada PKR).

Satu keputusan yang sangat 'tough' pernah dibuat oleh PAS. Bukan senang untuk PAS memecat pemimpin mereka. Ia terpaksa melalui proses perbincangan yang panjang dan sulit. Namun, apabila keputusan telah dibuat..bermakna ia mendapat keputusan sebulat suara daripada ahli Jawatankuasa Pusat.




Pemecatan Hassan Ali..perlu

PAS telah banyak bersabar dengan Hassan Ali. Menurut rakan dalam PAS...jika diturutkan hati..memang dari dulu lagi PAS mahu buang Hassan Ali...Namun, PAS adalah organisasi yang memberi peluang kepada ahlinya untuk berubah. Pemecatan dan penyingkiran adalah jalan yang paling akhir.

PAS menyokong penuh niat Hassan Ali mendaulatkan Islam..namun, banyak tindakan Hassan Ali yang membelakangkan jemaah dan keputusan parti dan lihat merosak dan menjejas parti. Buktinya, PAS tidak ambil sebarang tindakan pun apabila Hassan Ali menolak konsep Negara
Berkebajikan PAS kerana memberi peluang kepada Hassan Ali berubah dan memahami penting menghormati keputusan jemaah.

Namun, apabila Hassan Ali menentang keputusan Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor untuk menyertai himpunan 901 Bebaskan Anwar Ibrahim...itu dilihat menentang dan mencabar kewibawaan pimpinan PAS. Jika ini dibiarkan akan merosakkan PAS kerana akan ada ahli yang berani menentang kepimpinan apabila pandangan mereka berbeza dengan keputusan kepimpinan.

Maka, pemecatan mungkin jalan terbaik untuk menyelamatkan parti daripada perpecahan ekoran tindakan Hassan Ali yang melawan dasar parti.

PAS tetap utuh tanpa Hassan Ali

Jika kaji sejarah PAS...PAS sebenarnya sebuah organisasi yang sudah banyak kali kehilangan pemimpin. PAS lebih banyak hilang pemimpin daripada UMNO. Pemimpin UMNO yang keluar/dipecat hanya sedikit..tetapi pemimpin PAS yang belot dan dipecat cukup banyak.

Bermula dengan keluarnya salah seorang pengasas PAS iaitu ayah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj Badawi, Haji Badawi.

PAS juga kehilangan Yang Dipertua Agung PAS (Presiden PAS) yang pertama iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad.

PAS juga kehilangan Yang Dipertua Agung PAS (Presiden PAS) yang keempat iaitu Asri Muda. Asri Muda disingkirkan daripada kepimpinan PAS kerana telah membuat banyak keputusan yang melanggar prinsip parti. Ekoran daripada pemecatan Asri Muda inilah PAS telah menubuhkan Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am bagi memastikan segala keputusan Presiden tidak melanggar prinsip Islam yang diperjuangkan PAS.

PAS Kelantan pula kehilangan ramai kepimpinan ekoran keluarnya Asri Muda dimana parti HAMIM dan BERJASA adalah serpihan PAS Kelantan. Kerana krisis inilah PAS gagal memerintah Kelantan buat pertama kali iaitu pada 1982-1990 (untuk rekod PAS memerintah Kelantan sejak merdeka iaitu dari tahun 1959-1982 dan kemudian pada 1990-hingga kini).

PAS Terengganu juga banyak kehilangan pemimpin antaranya Pesuruhjaya PAS Terengganu dan ADUN-ADUN PAS Terengganu yang lompat parti pada 1961 hingga menyebabkan Kerajaan Terengganu pimpinan PAS yang dibentuk pada 1959 tumbang. PAS Kawasan Besut pula pernah digantung kerana ramai ahlinya yang dipecat ekoran melawan keputusan PAS Pusat.

Di Pahang, bekas penasihat undang-undang PAS iaitu Haji Suhaimi Said telah keluar dan masuk UMNO.

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad juga telah keluar parti....panjang kalau nak disebut berapa ramai pimpinan PAS yang keluar parti.




Kesan pada PAS adalah amat teruk sekali dimana pada PRU 1986 PAS kalah paling teruk dalam sejarah....PAS hanya menang satu kerusi sahaja iaitu Parlimen Kubang Kerian.

Namun...PAS terus teguh memperjuangkan Islam dan semakin bijak dalam mengatur strategi siyasah syar'iyah mereka hingga pada masa sekarang mempunyai paling ramai ahli dalam pakatan pembangkang dan mempunyai ramai ahli bersekutu (bukan Islam).

Saya yakin..PAS telah membuat keputusan yang tepat untuk terus mara melangkah membela nasib rakyat dan mendaulatkan Islam...

p/s: Tindakan PAS yang berani



RENTETAN PERISTIWA 7/8/2011 -Datuk Zulkifli Noordin dalam blognya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama. Rujuk: Utusan


No comments: