Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I support all efforts to protect the security of the 
state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he
 would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said 
remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti
 Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan 
tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini 
ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan 
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace 
Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali
 sebagai Two-State Solution. Malahan dasar 
luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana 
yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB
 Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York
(GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).
Beliau menyebut:
(GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).
Beliau menyebut:
“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the
 Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the 
two-state solution, taking into account the security concerns of both 
parties (Israel and Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah 
bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati 
keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung 
kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru 
saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit
 kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya 
mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat 
adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. 
Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah 
pastinya digilap dan diperkukuh.
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
ARTIKEL SEBELUM INI YANG BERKAITAN: DSAI was interviewed by BBC
SUMBER:
ANWAR IBRAHIM BLOG
WALL STREET JOURNAL
DR. AZZAM AT-TAMIMI
PENEMBAK TEPAT
ARTIKEL SEBELUM INI YANG BERKAITAN: DSAI was interviewed by BBC
SUMBER:
ANWAR IBRAHIM BLOG
WALL STREET JOURNAL
DR. AZZAM AT-TAMIMI
PENEMBAK TEPAT
No comments:
Post a Comment