Labels

Thursday, January 26, 2012

Permasalahan Khuf

 

Khuf ialah sesuatu yang diperbuat dari kulit yang dipakai yang menutupi dua buku lali ke atas (seperti stokin). Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan empat mazhab, samada ketika musafir, mukim atau samada dalam keadaan darurat ataupun tidak. Ia menempati basuhan dua kaki di dalam wuduk.

Dalilnya

Terdapat banyak hadis-hadis sahih mengenai pensyariatan menyapu khuf. Sehingga dikatakan dapat mencecah ke tahap ia adalah mutawatir dari Nabi.
Hasan Basri mengatakan, telah menceritakan kepadaku 70 orang lelaki dari kalangan sahabat, bahawa Nabi s.a.w. menyapu khuf.
Ibnul Mubarak berkata: Tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan para sahabat mengenai pensyariatan menyapu khuf.



Syarat-syaratnya:
1. Memakai khuf dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar.
2. Khuf itu suci.
3. Khuf itu menutup dua kaki. Tidak mengapa jika terkoyak sedikit.
4. Khuf itu kuat dan dapat digunakan untuk berjalan.
Namun sebahagian ulamak ada yang mendha'ifkan dua syarat yang terakhir,
kerana tidak terdapat hadis mengenainya.


Tempoh:
Bagi orang yang bermusafir: 3 hari tiga malam
Bagi orang yang mukim: sehari semalam.
Bila tempoh mula boleh menyapu:
Jumhur ulamak mengatakan, tempoh menyapu bermula setelah berlaku hadas pertama selepas memakai khuf, sehinggalah pada waktu yang sama pada hari yang kedua - Bagi orang yang bermukim. Pada hari keempat bagi orang yang bermusafir.
Maksudnya, setelah suci dari hadas besar dan kecil, kita mula pakai khuf. Kemudian pd pukul 4.00 ptg wuduk kita batal... Bermula dari sinilah tempoh menyapu dibenarkan. Ia berlanjutan sehingga ke pukul 4.00 ptg esok (bagi orang yang mukim).
Bagi orang yang bermusafir, berakhir pada pukul 4.00 ptg hari keempat.
Cara menyapu:
Menyapu di sebelah atas dua kaki. Memadai dengan sekali sapuan.

** Secara praktiknya, hendaklah bertanya dan melihat terus kepada mereka yang tahu/biasa melakukannya.


Yang membatalkannya:
1. Berlaku sesuatu yang membatalkan wuduk.
2. Tamat tempoh yang dibenarkan.
3. Batal apabila menanggalkan khuf.


 



Masalah:

Bagaimana dengan stokin?
Menurut Hanbali, Muhamad bin al-Hasan dan ABu Yusof dari Hanafi, boleh. Termasuk stokin biasa.
Menurut Abu Hanifah, Maliki dan Syafi'i yang, boleh tetapi dengan beberapa syarat tambahan.
Syarat Syafi'i:
1. Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang / rapat jalinannya sehingga ia dapat digunakan untuk berjalan dengannya.
2. Hendaklah ia dipakai dengan kasut.
Syarat Hanbali:
1. Hendaklah ia kukuh dan tidak menampakkan kaki sedikitpun.
2. Boleh digunakan untuk terus berjalan dan ia menetap di kaki dengan sendiri.

Harap penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman. Dan jika ada masalah mengenainya boleh e-mailkan kepada kami lagi....
Sekian, wallahu a'lam.
zain y.s.

Rujukan:

1. Al-Fiqhul Islami wa Adillatuh
2. Al-Fiqhul Wadhih
3. Al-Fiqh Alal Mazahib al-Arba'ah.

No comments: