Labels

Friday, January 20, 2012

Kenapa Portfolio Hal Ehwal Islam dipegang oleh MB?



Pelantikan YB Dr. Ahmad Yunus, ADUN Sijangkang (PAS) sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru telah menimbulkan satu isu/polemik berkenaan perubahan portfolio. Sebelum ini, portfolio hal ehwal Melayu/Agama Islam, kemudahan awam dan infrastruktur dipegang oleh YB Dato' Dr. Hassan Ali, ADUN Gombak Setia yang baru sahaja dipecat sebagai ahli dalam PAS.

Tetapi Dr Ahmad Yunus hanya memegang portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan sedangkan portfolio Agama Islam, kemudahan awam dan infrastruktur dipegang sendiri oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim. Adakah MB Khalid tidak percaya kepada PAS untuk urus agama Islam?...ini jawapannya...(berdasarkan pandangan peribadi saya)

MB Abdul Khalid mahu bantu PAS

Kita tahu dalam kerangka pentadbiran kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco tiada kuasa eksekutif mutlak ke atas jabatan dan agensi kerajaan negeri yang dibawah portfolio mereka, hanya Exco kerajaan Sabah dan Sarawak yang bertaraf menteri ada kuasa mutlak ke atas jabatan dan agensi kerajaan negeri dibawah portfolio mereka.

Ditambah dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang dibawa oleh Hassan Ali di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2009 yang menyebabkan Exco Agama Islam Selangor tiada kuasa ke atas semua agensi agama Islam di Selangor..sebaliknya yang berkuasa ke atas agensi Agama Islam negeri Selangor adalah Dato' Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dilantik oleh Sultan Selangor. Sedangkan Exco Agama Islam hanyalah bertaraf Timbalan Pengerusi MAIS.

Tambahan pula, agensi Agama Islam negeri Selangor seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), MAIS telah ada sejarah beberapa kali bertindak tanpa terlebih dahulu merujuk Exco Agama Islam Selangor yang ketika itu dipegang Hassan Ali (sebab dalam enakmen, mereka tak perlu pun untuk rujuk dahulu kepada Exco). Maka, Khalid Ibrahim risau bahawa perkara lama akan berulang...dan jika ia berulang ia hanya akan menyebabkan reputasi PAS Selangor menjadi lebih buruk.



Abdul Khalid  mahu guna kuasa Menteri Besar

Khalid Ibrahim sedar bahawa yang dapat 'mengawal' JAIS dan MAIS adalah Menteri Besar sendiri kerana Menteri Besar punya kuasa eksekutif ke atas semua jabatan dan agensi kerajaan negeri seperti MAIS dan JAIS. Sudah tentu JAIS dan MAIS akan menurut apa sahaja arahan yang keluar daripada pejabat Menteri Besar kerana apa jua arahan Menteri Besar...Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri pun tidak akan dapat membantah...inikan pula JAIS atau MAIS.

Saya yakin, Khalid Ibrahim akan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor untuk membuat reformasi ke atas urus tadbir agama Islam di Selangor. Malah mungkin Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 akan dipinda semula untuk memberi kuasa kepada Exco Agama Islam Selangor...mungkin dalam pindaan itu nanti...jawatan Pengerusi MAIS akan diwajibkan disandang oleh Exco Agama Islam Selangor dan bukan orang luar (bukan Exco).

Untuk rekod...

Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka adalah Ketua Menteri Melaka...
Pengerusi Majlis Agama Islam Johor adalah Exco Agama Islam Johor...

Jadi, saya rasakan Selangor akan mengikut langkah negeri Johor iaitu mewajibkan Exco Agama Islam sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri dan bukan orang lain.

Maka, selepas Abdul Khalid Ibrahim berjaya membuat perubahan itu...pasti portfolio Agama Islam akan diserahkan semula kepada wakil PAS...tunggu dan lihat..

p/s: Sekadar pandangan peribadi....

No comments: