Labels

Monday, January 23, 2012

Selamat Tahun Baru Cina, Yee Sang dan Tahun Naga



Naga sering dikaitkan sebagai makhluk dunia mistik yang amat berkuasa. Ia menjadi simbol kebaikan dan kejahatan mengikut adat dan tradisi kepercayaan sesuatu tempat di dunia ini.
Secara amnya, naga digambarkan sebagai haiwan yang besar, mempunyai kuku yang tajam dan boleh menghembuskan api daripada mulutnya. Ia digambarkan sebagai haiwan daripada keluarga reptilia yang bertelur bagi tujuan pembiakan.

Naga dikenali dengan pelbagai nama di wilayah-wilayah Islam tersebut seperti Illuyankas (Turkish), Azi Daha-ka (Parsi), Naga (Sanskrit dan Melayu) dan Lóng (Cina).

Kebanyakan motif naga yang digunakan dalam dunia Islam mempunyai bentuk seperti ular yang besar dan panjang serta bersisik. Yang membezakan motif naga dan ular adalah motif naga mempunyai dua pasang kaki di bahagian bawah badannya.
Bentuk naga yang digunakan mempunyai persamaan dengan bentuk naga yang digunakan di China yang menjadi simbol kepada Maharaja China.

Menggaul yee sang...

Aktiviti menggaul hidangan tradisi Cina, yee sang sesuatu yang sinonim bagi masyarakat negara kita setiap kali tiba sambutan Tahun Baru Cina.
Hidangan enak campuran ikan dan sayur-sayuran itu pasti membuatkan anda kecur liur apabila disusuli dengan pelbagai lauk-pauk masakan Cina daripada sup sirip ikan yu, ayam, ikan, daging dan udang.
Jika dahulu, begitu susah untuk mencari restoran yang menyediakan menu khas sempena Tahun Baru Cina yang disahkan halal, kini tidak lagi.

 

Semakin banyak restoran yang mula menghidangkan menu istimewa setahun sekali itu yang dijamin halal lebih-lebih lagi di restoran Cina Muslim.

Di Restoran Haji Sharin Low Grand yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, menu khas sempena Tahun Baru Cina disediakan setiap tahun bagi memenuhi permintaan ramai untuk hidangan Cina yang halal.
Beliau memliki cawangan restoran di Bukit Antarabangsa, Sri Gombak, Klang, Shah Alam, Bangi, Ipoh, Seksyen 19 Shah Alam dan terbaru sekali di Seksyen 7, Shah Alam (belakang Gedung Jakel).

 


Hukum menyambut Tahun Baru Cina....

Ketika orang-orang Tionghua akan menyambut tahun baru mereka, ada debat dikalangan muslim sama ada melibatkan diri dalam Tahun Baru Cina itu merosakkan akidah muslim atau tidak.  Sewaktu saya belajar dahulu, saya berpendirian bahawa TBC tidak boleh dihadiri oleh muslim kerana itu majlis agama bukan Islam. 


Dalilnya adalah surah al-kafirun: Lakum diinukum waliyadiin ertinya “Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku!  Agama Islam tidak boleh dikompromikan dengan agama lain, misalnya pagi solat di masjid petang pulak menyembah berhala di kuil.  Saling merayakan hari kebesaran agama lain juga termasuk berkompromi dalam agama, sekalipun atas nama perpaduan nasional.

Bertahun-bertahun kemudian, hujah saya dirungkai oleh seorang sahabat saya.  Hujahnya bahawa TBC merupakan adat bangsa Tionghua, bukan hari agama Buddha atau roh nenek moyang yang menjadi sembahan mereka.  Kata sahabat saya, “Cuba lihat di Thailand yang tegar pegangan Buddhanya, mereka tidak merayakan Tahun  Baru Cina.”

Saya cuba menjawab pula, “Bukankah pada pagi hari kebesaran itu kaum Tionghua membakar colok dan melakukan penyembahan?”

Sahabat saya pula membalas, “Sudah menjadi kebiasaan mana-mana masyarakat yang merayakan apa juga kegembiraan akan melahirkan syukur kepada Tuhan.  Kerana mereka Buddha, maka mereka membuat sembahan itu pada pagi hari.”

Saya terdiam.

Dia menambah, “Majlis bertunang bukanlah ajaran agama Islam, itu hanya adat Melayu.  Kita orang Melayu mesti melaksanakan adat itu sebelum perkahwinan.  Kerana pertunangan merupakan hari manis dan gembira, orang yang hadir bersyukur kepada Tuhan.  Sekurang-kurangnya kedua-dua keluarga berharap majlis itu diberkati Tuhan dan bakal membawa perkahwinan yang dihalalkan agama.”

Ya, saya mengalah dengan hujah dan sejak itu menerima pendapat bahawa TBC merupakan adat bangsa Tionghua, bukan perayaan agama.  Prinsip surah al-Kafirun itu benar, tetapi TBC bukanlah contoh untuk muslim menghindarinya.  Contoh untuk dipadankan dengan surah al-kafirun itu tepatnya pada perayaan Deepavali dan Krismas!

Kerana itu apabila seorang remaja Tionghua memeluk Islam tahun 2006, awal-awal lagi saya beritahu bahawa jangan pulaukan keluarga sewaktu TBC.  Hadir dan makanlah, namun jangan makan yang haram.

Begitu pun, saya tetap menghormati pendirian pihak yang mengatakan TBC tidak boleh melibatkan orang muslim.  Mereka ada hujah.  Biarlah kita berdiri dengan hujah.


Xin Nian Kuai Re (Happy Chinese New Year) and May ALLAH guide all of us to His straigh path...
 
BERKAITAN: PENGALAMAN DAN KEHIDUPAN SEORANG MUALLAF

No comments: