Mahasiswa perlu fikir secara rasional dan matang
 

Sebagai mahasiswa, apakah aktiviti-aktiviti kita?
 
 Belajar, kuliah, tutorial, test, exam, kelab, persatuan, sukan sehingga
 ke peringkat-peringkat tinggi- negeri, sukma, wakil Malaysia, malah 
dalam pasukan Harimau Muda kita ada player yang skip SPM (yang digelar Kaka 
Malaysia dalam countdown tahun baru tempoh hari) untuk wakili Malaysia.
 
 Selain itu, masa lapang dihabiskan dengan baca buku ilmiah, novel, 
komik, main game, keluar jalan-jalan, blogging, facebook, tengok tv, 
makan, tido, sembang dan sebagainya, yang tanpa sedar kadang-kala dah 
mengambil sangat banyak dari masa BELAJAR kita.
 
 Selain itu, ada
 yang terlibat dengan aktiviti volunterism, NGO, kemasyarakatan, kerja 
sampingan, pergi dengar ceramah, pergi konsert, yang juga mengambil masa
 BELAJAR kita.
 
 Perkara-perkara yang saya sebut di atas tidak pernah dipertikaikan dan dijamu dengan ayat berbunyi, 
 
 " Kau tu belajar lagi, fokus la pada pelajaran, jangan dok sibuk sangat
 buat benda-benda tu. Jangan sibuk jadi wakil negara, jangan sibuk pergi
 tolong anak yatim, jangan sibuk pergi buat aktiviti kemasyarakatan 
sana-sini..."
 
 Malah ajaibnya lagi, jarang kita dengar orang 
larang mahasiswa tentang aktiviti-aktiviti haram- pergi dating, keluar 
mabuk, berlebihan main game angry birds, layan movie sehingga ke tahap 
haram (dari segi awlawiyat), dan sebagainya yang tidak perlu disebutkan 
di sini.
 
 Tup-tup, bila mahasiswa join aktiviti demi memperbaiki
 pendidikan (Mansuh PPSMI) , demi memperbaiki kualiti mahasiswa (AUKU), 
demi mendapatkan pilihanraya yang bersih (BERSIH 2.0), dan sebagainya, 
mereka dijamu dengan,
 
 " Kerajaan bayar pengajian korang untuk belajar, tak payah la nak berpolitik... Fokus belajar!"
 
 malah kemudian dituduh dipergunakan oleh parti politik untuk kepentingan tertentu.
 
 Apa yang politiknya? Apa yang tak politiknya?
 
 Adakah mesti dipengaruhi oleh parti politik baru mahasiswa nak tegakkan kebenaran?
 
 Mahasiswa yang hebat ini, tanpa pengaruh politik pun mereka akan tetap berjuang dalam aktivisme mereka.
 
 Saya tak pernah dengar mahasiswa USA yang kempen anti perang dan anti Bush dituduh sebagai support pembangkang? 
 
 Ini semua sentimen kepartian yang bodoh. 
 
 Kalau nak saksama sangat, pergi larang mahasiswa terlibat dengan semua 
aktiviti lain, sebab aktiviti lain tu memang konfirm-konfirm kacau 
pelajaran mahasiswa, contohnya pergi sambut tahun baru dengan Pak 
Menteri di Dataran sambil berkonsert. 
 
 Nah, fikir betul-betul. Jangan asyik fikir one sided dan bias sahaja.
 
 [Saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik ketika menaip 
statu sini dan saya tidak pernah join mana-mana perhimpunan yang saya 
sebutkan di atas. Jangan label dan tuduh saya sebagai anti-Najib, kuda 
Anwar, atau budak fanatik PAS. Saya kira pandangan saya sudah cukup 
untuk nyatakan betapa kita suka meletakkan pertimbangan secara bias 
hanya kerana mahasiswa tertentu bersuara tentang perkara yang tidak 
disukai pemerintah sedangkan banyak perkara yang cuba ditegakkan para 
pemuda adalah suruhan-suruhan Allah yang diabaikan pemerintah sejak 
sekian lama (tanpa menafikan tidak semua tuntutan para pemuda kena pada 
syarie dan baik untuk kemaslahatan negara)
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment