Labels

Wednesday, January 25, 2012

Kejayaan Parti Islam di Mesir

Alhamdulilah, syukur mendengar kemenangan Islam di bumi Mesir, Bumi yang penuh barakah. Lagi bertuah kerana diri ini masih berada di Mesir ketika kemenangan Islam diisytiharkan.

Terasa satu mimpi atau itu adalah benar. Kemenangan tetap kemenangan. Kemenangan Ikhwan Muslimin menerusi Freedom and Justice Party bukanlah kemenangan jangka pendek. Tetapi memerlukan jerit perih usaha yang dilakukan oleh golongan terdahulu.

Berapa ramai yang telah dibunuh, ribuan pejuang Islam dipenjarakan , ulama dihukum dan disingkirkan. Antaranya Yusuf Qaradhawi, Kamal Hebawi dan lain-lain. Mereka membayar pengorbanan dan jihad atas darah dan keringat demi memastikan kemenangan Islam dan Gerakan Islam yang dipinggirkan, pernah diharamkan daripada menjadi parti politik pada zaman Mubarak selama 30 tahun , Jamal Abd Nasir belasan tahun, walaupun pada peringkat awal Jamal Abd Naseer kelihatan baik dengan Ikhwan tetapi diharamkan secara total pada masa itu.

Bagi saya ,itulah sunah gerakan Islam, tidak dapat tidak mesti berhadapan dengan pemimpin yang zalim, tangkapan dan ugutan adalah biasa. Jika Hassan Al-Banna masih hidup sudah tentu beliau melihat kemenangan ini sebagai janji tuhan.

Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia, keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45 peratus kerusi parlimen) iaitu seramai 13 juta penduduk mesir.

Slogan yang dibawa adalah “ membawa kebaikan kepada Mesir”. Sekarang satu slogan yang sudah tidak asing bagi gerakan Islam yang memerintah dan memasuki parti politik, satu slogan yang lebih lunak berbanding dengan Negara Islam dan Hudud.

Presiden Parti iaitu Dr Mohamed Morsi, berkata “ penekanan sekarang ialah untuk membangunkan rakyat Mesir yang miskin “ .Umum telah mengetahui Mesir merupakan negara arab yang termiskin dan pendapat kapita paras kemiskinan ialah tidak lebih daripada USD 1 sehari. Penumpuan pada Soal Kebajikan adalah merupakan agenda utama FJP tajaan Ikhwan Muslimin.

Jurucakap Ikhwan Muslimin berkata “”Kami percaya pengislahan politik adalah benar dan jalan penyelesaian kepada semua bentuk pengislahan. Kami telah mengumumkan penerimaan kami terhadap demokrasi dan konsep plurarisma dalam agenda politik dan konsep transisi kuasa yang aman dan bangsa kami (Mesir) adalah sumber kepada segala kuasa(kuasa rakyat).Kami akan melakukan reformasi politik seperti penghapusan kuasa Darurat dan pengembalian hak berhimpun,hak kebebasan awam termasuk hak untuk menubuhkan parti walau apa jua aliran pemikiran, Kebebasan untuk bercakap dan ekspresi pemikiran,Kebebasan untuk demontrasi aman, dan dll..Ini termasuk untuk menghapusan/memansuhkanng  undang-undang yang ekslusif, dan membuat kebebasan mahkamah, memastikan kuasa mahkamah penuh dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, memastikan untuk badan yang bebas untuk memantau pilihanraya yang adil dan memastikan kehendak rakyat dan menghapuskan segala halangan untuk menubuhkan mana-mana persatuan dan organisasi.(MB news and wikipedia)

Ikhwan Muslimin menerusi FJP memperkenalkan ekonomi yang baru, pakej yang dapat memacu keadaan ekonomi Mesir setelah kekayaan dirompak oleh Regim Mubarak, menampilkan ilmuan daripada Ikhwan sendiri.

Dr Saad Katani , Setiausaha Agung FJP meletak jawatan dan dilantik menjadi Speaker Dewan Parlimen Mesir merupakan tokoh Ikhwan yang memiliki ilmu dan kepimpinan yang mantap. Dr Katatni merupakan sarjana Phd dalam jurusan sains yang pernah bertugas sebagai Profesor, mengajar subjek mikro biologi dalam bidang botani di Universiti Minia. Kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1994-1998.
Beliau juga memperolehi ijazah dalam bidang Pengajian Islam di bawah Fakulti Sastera pada tahun 2000. Selain itu beliau merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pengajar Universiti berkenaan.

Selain pengalaman politik, pengamalan Dr Katatni dalam bidang akademik sangat hebat. Sepanjang kariernya, beliau mengawasi lebih 21 kajian untuk pemegang Master dan Phd dalam hal ehwal botani selain menulis 36 kajian, Members of Parliament iaitu Aza Garf  daripada  FJP, berkata “ kita akan lebih fokus kepada pembangunan ekonomi negara setelah dirosakkan oleh Regim hampir 3 dekad yang lalu”

 
Tahalluf Siyasi

                                         Presiden Mesir suatu ketika dahulu, Jamal Abd Naser

Mereka bertahalluf siyasi dengan pelbagai pihak bagi mencapai kestabilan politik walaupun tidak rasmi. Antaranya mereka mendapat sokongan daripada paderi Kristian Orthodoks, kerana semata-mata Islam yang dibawa oleh Ikhwan lebih moderate dan pertengahan iaitu tidak terlampau ekstrems sehingga menindas agama lain. Begitu juga, Dr Saad Katani akan melantik seorang wakil daripada Hizbul (parti) Nur, parti Salafi dan Parti Wafdu(sekular) sebagai timbalan Speaker.

Tindakan FJP membuka era baru gerakan Islam yang mahu memerintah negara mestilah lebih moderate dan terbuka . Terbuka dalam ertikata tidak menghukum dan membuka kepada perbincangan yang dapat menyumbang kepada stabilnya agama, social dan ekonomi. Bukan semata-mata bercakap soal tarbiyyah semata-mata tanpa tidak melihat keperluan ahli gerakan Islam menguasai bidang-bidang penting bagi persiapan untuk mentadbir  sesebuah negara. Hal ini telah difikirkan oleh Ikhwan selama setengah abad bagaimana untuk mentadbir??suatu hari nanti..Satu motivasi untuk semua.


Negara Berkebajikan


Saya merasakan slogan yang lebih lunak mestilah dipasarkan untuk meraih undi disamping memberikan kefahaman, dan pendekatan yang baru untuk bersaing parti politk yang liberal dan sudah tentu parti liberal/sekular menawarkan benda yang lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan rakyat. Persaingan ini menuntut kepada perubahan pendekatan parti itu.

Bagi saya mana-mana Gerakan Islam yang mengalami perubahan ia merupakan suatu benda yang positif.
Di Malaysia, sudah tentu kita tidak boleh berjuang dan berpartisipasi keseorangan, sudah tentu kaum india dan Cina tidak boleh dipinggirkan. Kerana mereka mempunyai ruang dalam negara Malaysia. Masyarakat Cina pada amnya lebih dekat dengan fakta dan mereka lebih terkehadapan dalam soal ekonomi mahupun pelajaran. Lihat sahaja di mana-mana universiti, mereka menguasai dan sektor penting negara pun mereka yang pegang.

Sebab itu, untuk soal politik tanah air. Perlunya sokongan bukan Melayu seperti Cina dan India. Jika bangsa Melayu bersatu kesemuanya sebanyak 50.4%, bumiputera selain Melayu adalah sebanyak 11.4% dan sudah tentu Cina  23.7 % dan India 7% akan menjadi bahagian yang kedua dalam masyarakat. Hampir separuh kuasa kedua non-muslim yang pegang. Saya merasakan jika hal ini berlarutan akan berlakunya intolerant society. Pecahan ini akan menghasilkan keadaan yang tidak seimbang jika berlaku sesuatu isu. 49.6 % kuasa kedua boleh mengancam apa-apa yang berkaitan dengan hak-hak  sebanyak 50.4% lagi.


Kesatuan Islam


Bagi saya kesatuan Islam lebih menjamin kepada kestabilan dan keharmonian bangsa. Orang bukan Islam merasakan lebih selamat bernaung  di bawah pemerintahan Islam. Kelantan umpamanya, Orang cina boleh menyokong dan selesa bernaung di bawah kerajaan yang dipimpin oleh sebuah gerakan Islam. Sudah tentu hal ini berlainan jika di Selangor dan kawasan-kawasan yang mempunyai populasi Cina dan India yang ramai. Sudah tentu Tahaluff adalah jalan terbaik untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan kepercayaan Non-Muslim lebih percaya kepada Islam..Mana tahu, mereka tertarik dan memerluk Islam suatu hari nanti.

                         Dr Saad Katani Speaker Baru Dewan Parlimen Mesir daripada FJP

Slogan Hidup Melayu dan Islam dinisbahkan kepada Melayu mestilah dihapuskan supaya Islam tidak dirasakan eksklusif untuk orang Melayu dan orang BUKAN Melayu yang Islam tidak terasing dengan slogan yang pelik itu. Dr Yusuf Qaradhawi menyebut dalam suatu tulisan “ Orang bukan Islam takut di atas perkara yang mereka tidak tahu”. 

Mereka tidak tahu Islam adalah sejahtera, Rahmatan Lil Alamin, bukan untuk orang Islam sahaja kata Ulama’. Bahkan untuk sekalian makhluq di atas muka bumi ini termasuk kepada orang bukan Islam.
Justeru gerakan Islam yang baik, mestilah terbuka dan bergerak mengikut arus perdana masyarakat setempat.Bagi saya bukan untuk menjadi rasionalis , tetapi pemahaman Fiqhul Waqie difahami dan diaplikasikan dalam masyarakat Malaysia yang majmu’.


No comments: