Blog ini adalah luahan minda insan biasa. Segala pandangan adalah pandangan peribadi
Saturday, June 30, 2012
Shi'ah dan Turki Othmaniyyah
Dalam banyak-banyak sejarah kaum Muslimin, saudara Turki kita yang paling banyak bertempur dengan mereka di arena siasah firqah Ahl Sunnah vs Shi'ah. Dan ini paling banyak berlaku setelah Empayar Safavid tertegak yang menjadi jiran Khilafah Othmaniyyah. Sebab itu bila saya tengok berita Ankara (yakni Erdogan) mengerah askar-askar Turki ke sempadan Syria saya tersenyum sebab saya teringat perjuangan mereka dahulu menentang Shi'ah yang radikal. Adapun Shi'ah yang tidak mengancam keselamatan negara, mereka dibiar terus tinggal seperti Alawiyyah di Turki. Orang Melayu kita tiada pernah berlawan dengan Shi'ah sehebat orang Turki. Jangan lupa juga Nizam al-Mulk memusuhi Shi'ah - yakni berperang dengan mereka atas dasar Siasah kerana Shi'ah mengancam keselamtan dan kestabilan Dawlah Seljuk. Sebab itu Imam al-Ghazali tulis beberapa kitab radd Shi'ah.
Neocon, Iran dan bom
Saya telah menjelaskan secara ringkas tentang NEOCON pada artikel bertarikh 16 Februari 2012 yang lalu. Sekarang mari kita kenali neocon serta hubung kait dengan isu Iran.
Israel’s defence minister, Ehud Barak, has said the moment is approaching when any military intervention to halt Iran’s nuclear programme will come too late, in a strong indication that the Jewish state is closer than ever to authorising action – THE GUARDIAN LONDON 3 Feb 2012
Ehud Barak, Menteri Perang Israel yang juga kenalan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia, kini sedang mengolah pandangan dunia untuk melancarkan perang terhadap Iran. Perancangan untuk menyerang Iran ini bukan satu yang baru.
Pada 1997 di Amerika Syarikat satu gerombolan puak kanan yang dikenali sebagai NeoCon telah mengeluarkan Kenyataan Prinsip yang dikenali sebagai Project For The New American Century – Projek Amerika Alaf Baru.
Gerombolan NeoCon ini mencadangkan:
- Amerika wajib menambah belajawan pertahanan, memodenkan alat persenjataan untuk mengawal dunia dimasa hadapan.
- Amerika wajib memperkukuh hubungan dengan negara rakan yang mengamal demokrasi dan menentang rejim seteru yang berlawanan dengan kepentingan dan nilai Amerika.
- Amerika wajib mengembang dan memperluaskan kebebasan politik dan ekonomi perdagangan bebas di luar negara.
- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk memastikan dunia antarabangsa selari dengan kepentingan keselamatan, kekayaan dan prinsip Amerika.
Sosok-sosok berfahaman kanan ini bernaung di bawah lambang NeoCon. Neo bermakna baru – manakala Con adalah singkatan dari perkataan Conservative. NeoCon bermakna fahaman Konservatif Baru.
Dari segi idealogi, NeoCon berhaluan kanan. Mereka menyokong dasar ekonomi kapitalis – pasaran bebas, penswastaan dan menolak negara berkebajikan.
Mereka tidak mahu daulah campur tangan dalam urusan ekonomi. Gerombolan NeoCon ini melihat kuasa imperialis Amerika sebagai sebagai kuasa mutlak dunia sesudah USSR – Union of Soviet Socialist Republic – runtuh.
Adalah salah untuk melonggokkan semua bengolan NeoCon ini sebagai Yahudi. Mereka terdiri dari WASP – White Anglo Saxon Protestant, ada ramai Yahudi malah Zalmay Khalilzad – wakil Bush Junior ke Afghanistan adalah contoh NeoCon yng beragama Islam.
Agama tidak penting di sini. Justeru, bukan semua NeoCon beragama Yahudi tetapi semua NeoCon adalah Zionis. NeoCon adalah perikatan intim antara Yahudi Zionis dan Christian Zionis.
Nabi mereka ialah Irving Kristol – seorang pemikir Yahudi dan inteletual kanan. Rukun iman NeoCon ialah memastikan kesejahteraan Isreal.Secara sedar NeoCon merancang dan menyusun. Mereka menubuhkan kumpulan pemikir, kumpulan pelobi, bersarang di media dan di dunia akademia – mereka menyusup masuk ke dalam pentabiran Rumah Putih di zaman Ronald Reagan.
Gerombolan ini mengajukan pandangan mereka untuk dijadikan dasar Amerika. Justeru, dunia diberitahu tentang Clash of Civilisation/Bentrokan Peradaban (1993) buku Samuel Huntington dan The End Of History/Tamatnya Sejarah (1992) buku Francis Fukuyama.
Dua buku ini adalah contoh idealogi kanan yang menjadi rujukan NeoCon.
Presiden Ronald Reagan digantikan pula oleh Bush Senior. Ini adalah zaman kegemilangan gerombolan NeoCon. Parti Republican yang berhaluan kanan dan konservatif sedia menerima pandangan dan cadangan NeoCon untuk dijadikan dasar.
Apabila Bush Senior digantikan oleh Bill Clinton dari Parti Democrat gerombolan NeoCon mengalami sedikit kemunduran. Tetapi apabila masuk Bush Junior ke Rumah Putih, inilah masa dan ketika semua dasar dan Projek Alaf Amerika Baru diimplementasi.
Apabila kita memasuki 2008, Rumah Putih diduduki oleh Obama dari Parti Democrat – seharusnya Parti Democrat ini memiliki dasar berlawanan dengan dasar kanan NeoCon.Tetapi politik Amerika telah beralih jauh ke kanan. Hari ini, garis dan dasar yang membezakan Parti Republican dengan Parti Democrat amat tipis. Malah ada beberapa dasar Parti Republican kelihatan lebih baik dari Democrat.
Contoh: Bush Junior secara terbuka melarang Israel mendirikan perkampungan baru di tanah dan wilayah Palestin yang dirampas. Barack Obama hingga ke saat ini langsung tidak berani bersuara terhadap keganasan Israel.
Jangan silap baca. Barack Obama dinaikkan ke takhta Rumah Putih adalah sebahagian perancangan untuk mengabui mata rakyat dunia.
Jantan berkulit hitam di Rumah Putih ini tidak akan dituduh rasis apabila membenarkan kapal terbang mengebom Libya atau Syria dan membenarkan drones membunuh Anwar al-Awlaki warga Amerika sendiri di Yamen.
Belumpun habis satu penggal – Obama – Si Jantan berkulit hitam ini telah mengarahkan CIA untuk menggunakan drones dan meledakkan bom di Utara Pakistan.
Lebih banyak bom jatuh di Utara Pakitan di zaman Obama berbanding dengan dua penggal Bush Junior di Rumah Putih.
Mengikut falsafah NeoCon wajib diwujudkan kumpulan kelas elit pemerintah yang bijak bestari untuk mengendalikan sesebuah negara manakala orang ramai dan warga negara hanya menjadi pengikut. Orang ramai wajib menerima arahan dari pemimpin yang bijak pandai ini.
Jika falsafah ini diterjemahkan untuk dunia, maka kelas elit yang berkeupayaan berfikir untuk memimpin dunia hanyalah NeoCon yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Negara lain dalam dunia ini hanya perlu mengikut perintah. Jika falsafah ini diikut, maka dunia mengikut pandangan NeoCon akan aman makmur. Inilah mereka namakan New World Order atau Tata Dunia Baru – yang sedang dirancang untuk diwujudkan.
Tetapi apa sangkut pautnya semua ini dengan Iran?
Di zaman Shah Ahmad Reza Pahlevi dahulu, Iran dianggap sebagai negara sahabat Amerika. Shah Reza menjadi pembeli senjata Amerika kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.
Iran sanggup menjadi Tok Sarjan yang setia untuk mengawal Selat Hormuz. Bala tentera Shah menjadi barua Amerika yang menjaga keselamatan lalu lintas tanker minyak di perairan ini.
Hampir 40 peratus minyak dunia melintasi selat ini. Hampir 60 peratus minyak untuk Jepun lalu di selat ini. Iran menjadi negara amat penting untuk keselamatan perjalanan minyak yang menjadi asas sistem ekonomi kapitalis.
Justeru, apabila Shah Reza dihalau keluar dan Iran menjadi republik pada 1979, Iran terus dicap sebagai musuh Amerika. Kerajaan Iran dicap sebagai pengganas.
Mengikut idealogi NeoCon, tidak akan dibenarkan lagi muncul mana-mana negara yang berkemungkinan bangun menentang atau berani engkar tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat.Tidak juga Iran, tidak juga China – tidak juga Russia akan dibenarkan menggugat kepentingan Amerika dalam dunia hari ini.
Era dua negara super/ two super powers – Amerika dan Soviet Union seperti di zaman Perang Dingin dahulu – tidak akan dibenarkan muncul lagi. Yang wujud hari ini adalah dunia unipolar – dunia Amerika dan empire Amerika.
Justeru, apa yang kita lihat berlaku di Iraq, di Libya dan di Syria adalah contoh rejim yang engkar atau culas dan tidak berkiblat ke Rumah Putih sedang dilupuskan.
Semua ini perancangan NeoCon. Semua yang berlaku hari ini adalah strategi perancangan mengimplementasi Projek Amerika Alaf Baru.
Ketika tulisan ini digarap, media antarabangsa sedang berdondang sayang tentang kemungkinan Iran berjaya menjadi kuasa nuklear. Saban hari rakyat dunia diberitahu betapa kita dalam bahaya jika Iran memiliki senjata nuklear.
Tidak cukup dengan dondang sayang ini – kita juga dapat membaca komen dari pegawai tentera Amerika yang bersara. Mereka memberi amaran agar ‘dilakukan sesuatu’ (baca: serang) – terhadap Iran sebelum terlambat.
Kita juga berpeluang membaca komen dari bekas tim risikan Amerika dan Britain. Mereka mengabsahkan bahaya yang akan menimpa dunia jika Iran memiliki bom nuklear.
Jika semua ini tidak meyakinkan dunia, maka Isreal dan Mossad akan mengeluarkan data dan gambar tentang loji nukelar bawah tanah sebagai bukti yang Iran sedang membuat bom nuklear.
Pada ketika ini, semuanya sedang diatur mengikut perancangan. Di Pulau Socotora yang terletak di antara Laut Merah dengan Telok Aden – bala tentera Amerika sedang dikumpul.
Pada akhir Mac ini, akan cukup 100,000 bala tentera Amerika dari semua pasukan berkampung di Socotora. Jumlah 100,000 ini sama dengan jumlah tentera Amerika ketika Bush Junior ingin menyerang Iraq dalam 2003.
Sebelum perang pecah dan Iran diserang, para zionis seperti Ehud Barak terus mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Iran sebagai musuh dunia.
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan mengenakan sekatan ekonomi seperti yang telah dilakukan kepda Iraq dahulu.
Media pro-Zionis terus berdondang sayang untuk memastikan rakyat dunia melihat Ahmadinejad (Presiden Iran) sebagai Hitler baru. Bila label telah dibubuh, maka amat senang untuk ditembak. END
BERKAITAN:
ARTIKEL PERTAMA
ARTIKEL KEDUA

Tuesday, June 26, 2012
Kemelut Ekonomi masakini
Bukan senang hendak memperjelaskan kepada orang awam berkenaan permasalahan ekonomi semasa yang melanda Dunia Barat kini. Malah ketika mana mereka dikejutkan dengan penjelasan yang jujur daripada seorang pemain saham amatur, rata-rata melihatnya ianya merupakan satu lagi gerak kerja “nakal” kumpulan Yes Man – satu kumpulan yang sering menyamar sebagai golongan profesional dalam bidang perniagaan untuk muncul dalam kaca televisyen bagi membongkarkan salah laku syarikat-syarikat besar di United Kingdom.
Malangnya, dakwaan yang mengatakan Alesio Rastani, pemain saham amatur yang muncul di kaca televisyen rancangan BBC News pada 26 September lalu sebagai salah seorang dalang Yes Man telah disangkal sendiri oleh kumpulan tersebut. Malah siasatan lanjut oleh pihak BBC membuktikan bahawa Rastani benar-benar seorang pemain saham amatur yang tahu apa yang dibicarakannya. Ternyata kenyataan Rastani yang menimbulkan kejutan bahawa “kerajaan tidak memerintah dunia, Goldman Sachs yang memerintah dunia” tersebut adalah satu pengakuan yang teramat jujur daripada seorang orang dalam (insider) yang saban hari bergelumang dengan pasaran kewangan (financial market) yang amat berpengaruh dalam menentukan paras kesihatan ekonomi negara-negara dunia.
Pengakuan jujur sebegini telah “disensasikan” lagi oleh media massa Britain dengan siasatan terperinci yang dilakukan terhadap Rastani dengan menyemak latar belakang kehidupan dan kerjaya beliau sebagai seorang pemain saham amatur di London. Tindakan ini seterusnya telah menenggelamkan isu pokok yang diutarakan oleh Rastani tempoh hari berkenaan siapa sebenarnya yang paling berkuasa – Kerajaan atau Industri Kewangan? Apakah sifat asasi sistem ekonomi moden itu senantiasa rapuh? Sepatutnya persoalan sebeginilah yang perlu dibahaskan oleh para cendekiawan dalam pelbagai bidang berhubung pengakuan Rastani tersebut.
Apa yang Rastani telah dakwakan bukanlah sesuatu yang baharu belaka. Malah 20 tahun lalu lagi, masyarakat di Barat sudah disajikan dengan filem-filem dan buku-buku yang membongkarkan kehidupan sebenar para pemain saham di Wall Street. Filem-filem yang telah menempa nama dalam tema sebegini seperti Wall Street (1987), Barbarians at the Gate (1993), dan Boiler Room (2000) sedikit sebanyak telah menzahirkan keadaan sebenar yang berlaku dalam industri kewangan di Barat khususnya di Amerika Syarikat.
Buku-buku yang terkenal karangan bekas orang dalam pasaran kewangan, Michael Lewis seperti Liar’s Poker (1989) dan The Big Short: Inside the Doomsday Machine (2010) turut sama membongkar budaya penipuan dan tamak haloba yang menjadi teras dalam sistem kewangan moden khusus di Dunia Barat. Malah sebaliknya dikatakan juga buku Liar’s Poker Michael Lewis itu turut sama dijadikan buku panduan buat para pemain saham amatur dalam cuba membina kerjaya mereka sebagai pemain saham yang disegani di Wall Street.
Pengakuan jujur Rastani yang mengatakan “sesiapa sahaja boleh buat keuntungan ketika berlaku krisis” juga bukanlah sesuatu yang baru. Apa yang Rastani jelaskan itu tidaklah sama dengan salah tanggapan terkenal berkenaan perkataan Mandarin, wei ji, yang membawa dua makna “krisis” dan “peluang” yang sering dijaja oleh pakar motivasi tidak kurang juga ahli politik khususnya di Dunia Barat, tapi lebih kepada apa yang dijelaskan tokoh ekonomi kapitalisme, Joseph Schumpeter sebagai “kemusnahan kreatif” (creative destruction). Schumpeter sendiri yang mengutip konsep ini daripada Karl Marx yang terkenal dengan adi karyanya Das Kapital, mengusulkan teori ini dalam kerangka faham neo-liberal yang pro-pasaran bebas (free market) telah banyak mempengaruhi cara berfikir para pemain ekonomi masa kini, dan Rastani adalah salah satu contoh yang memahami hakikat sistem ekonomi moden sebagai satu sistem tidak stabil yang penuh dengan peluang untuk membuat duit (profiteering) hatta tatkala dampak pada masyarakat sangat berbisa kesannya.
Kesalah fahaman konsep “kehancuran kreatif” yang dijelaskan Marx telah mengaburi teori beliau yang lebih penting dalam Das Kapital iaitu akan hakikat sistem ekonomi moden-kapitalisme itu sememangnya bersifat “kreatif-musnah” (creative-destructive) yang lebih dahsyat daripada apa yang disangkakan secara amnya. Beza faham ini seperti yang dijelaskan ahli kaji masyarakat Marxist terkemuka, David Harvey:
Karl Marx dan Joseph Schumpeter menulis panjang lebar berkenaan sifat “kreatif-hancur” yang wujud dalam sistem ekonomi kapitalisme. Walaupun jelas Marx mengkagumi sifat kapitalisme yang kreatif itu, beliau lebih menekankan perihal bahaya sistem tersebut yang bersifat “hancur-kendiri” (self-destructiveness). Peminat Schumpeter juga telah lama mengangkat dan membanggakan sifat kreatif kapitalisme tetapi pada masa yang sama melihat dan mengaggap sifat kehancuran itu sebagai hanyalah salah satu kos yang timbul dalam aktiviti perniagaan.Iktibar Daripada Sejarah
Teori sifat ketidak-stabilan sebegini bukanlah dibentuk melalui andaian ilmiah semata. Andai kita telusuri sejarah pembentukkan sistem ekonomi moden, ternyata banyak rentetan peristiwa penting dalam lipatan sejarah Ketamadunan Barat yang mengukir dan mengabsahkan teori Marx itu sendiri. Sebelum Dunia Barat menjadi seperti apa yang ada pada hari ini, mereka senantiasa bertelagah antara satu sama lain berhubung dengan mazhab agama Kristian (Katolik lawan Protestan) juga berhubung dinasti beraja (Habsburg di Austria, Bourbon di Perancis, Tudor di England). Sudah tentu pertelagahan yang selalunya berlanjutan menjadi peperangan yang panjang seperti Revolusi Perancis (1789-1799), Peperangan Waterloo (1815), Perang Saudara Inggeris (1642-1651) Perang Bunga Ros (1455-1487) seperti ini memerlukan dana yang banyak dan rata-rata dinasti raja Eropah kerap kali mengalami situasi ekonomi yang sangat daif kerana kehabisan wang yang banyak digunakan untuk membiayai siri peperangan tersebut.
Keadaan seperti “kemusnahan kreatif” inilah yang menjadi sasaran ahli kewangan seperti Nathan Mayer Rothschild yang terkenal sebagai salah satu Dinasti Perbankan terbesar dan paling berpengaruh di dunia sehinggalah hari ini.
Dalam karya sejarah ekonomi dan kewangan terbaru ahli sejarah British terkenal, Niall Ferguson yang bertajuk The Ascent of Money: A Financial History of the World banyak menceritakan perihal kewangan, hutang dan perbankan dalam sejarah dunia. Antara pemain utama yang menjadi sebutan sejarah Barat akan kemelut ekonomi ialah keluarga Rothschild yang mempelopori dan menguasai bank-bank utama di Eropah semenjak zaman Pertengahan lagi. Ferguson yang juga telah menulis biografi sejarah Keluarga Besar Rothschild, telah membuktikan akan peranan utama ahli perbankan seperti Nathan Rothschild dalam membantu Duke of Wellington untuk mengalahkan Maharaja Napoleon di Waterloo. Pengaruh dan kekuatan kewangan yang dimiliki Keluarga Rothschild sering kali menjadikan mereka sebagai pembiaya kepada kedua-dua belah pihak seperti yang berlaku dalam Peperangan Waterloo – antara British dan Perancis. Ini tidak mustahil berlaku kerana Keluarga Rothschild itu sendiri sudah tersebar luas di merata Eropah mendirikan bank-bank mereka sendiri seperti Nathan yang berpusat di London, Amschel di Frankfurt, James di Paris, Carl di Amsterdam dan Salomon yang bergerak bebas di merata benua Eropah. Setiap peristiwa duka dan tragedi perbalahan, peperangan antara kuasa-kuasa besar Eropah, disitulah peluang yang timbul – sama ada secara langsung atau tidak, Keluarga Rothschild sentiasa berada di hadapan dari segi mengetahui berita dan maklumat penting berhubung situasi politik dan ekonomi di seluruh benua Eropah sehingga seorang penyajak Jerman, Heinrich Heine yang hidup ketika itu secara menyindir mengatakan “Duit adalah tuhan waktu ini, dan Rothschild adalah nabi-nya”.
Sifat sejarah ini kembali berulang tayang pada abad ini dalam bentuk baharu seperti yang telah dikupas panjang oleh Naomi Klein dalam karyanya The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism dan juga John Perkins dalam Confessions of An Economic Hitman turut sama menjelaskan bahawa faham neo-liberalisme ekonomi di Barat amat bergantung harap kepada malapetaka manusiawi seperti peperangan, kebuluran, dan bencana alam yang acap kali boleh kita simpulkan berpunca daripada salah-laku manusia itu sendiri (manufactured problems) yang rakus menimbulkan ruang dan peluang baru untuk golongan kapitalis, pedagang matawang dan pemain saham menjadi lintah darat kepada mangsa-mangsa keadaan.
Perbankan Islam Turut Terperangkap
Ahli ekonomi Islam dari George Washington University, Profesor Hossein Askari merungkai kemelut sama yang telah melanda disiplin ilmu dan sektor perbankan Islam. Menurut beliau walaupun banyak bank menzahirkan bahawa produk kewangan mereka memenuhi tuntutan Shari‘ah, mereka masih tidak menawarkan produk yang benar-benar tepat memenuhi prinsip Shari‘ah. “Apa yang anda lihat pada hari ini bukanlah kewangan Islam. Banyak bank tidak mempunyai bahagian yang melibatkan perkongsian risiko. Pelabur mahukan bon, dan bank menghasilkan sesuatu yang menyerupai bon tetapi mereka tetap kata ianya bukan bon.” Bon yang merupakan sejenis pinjaman yang mana peminjam bersetuju untuk membayar kadar faedah (interest) dalam erti kata lain riba’. Dengan menawarkan sukuk yang dijoloki sebagai “bon yang Islami” tetapi masih menunjukkan sifat seperti bon (yang mana mereka masin tegas mengatakan ianya bukan bon). Kata Dr. Askari secara sindiran bahawa sukuk ini seperti “hijab yang telus”.
“Bon yang telah menzahirkan pulangan secara tetap adalah salah di sisi Shari‘ah dan itulah sifat perbankan Islam kini. Duit tidak boleh menghasilkan duit. Duit perlu dilaburkan ke dalam projek yang benar, di mana kadar pulangan bersifat tidak pasti” tambah Dr. Askari.
Seperti yang dilaporkan oleh The Economist, dengan kewujudan perbankan Islam, bank telah mewujudkan pasaran sukuk yang bernilai USD 882 bilion (RM 2.64 Trilion). Tidak hairanlah berbondong-bondong manusia baik Muslim atau bukan Muslim terjun ke dalam pasaran sebegini. Apabila Dr. Askari ditanya oleh seorang pemberita CNBC berkenaan nasib ekonomi Dubai yang cukup bermasalah walaupun pada dasarnya sepatutnya ada prinsip perkongsian risiko dalam amalan ekonomi mereka, Dr. Askari menjawab bahawa sistem ekonomi dan kewangan Dubai hanyalah bersifat-iras Shari‘ah (Shari’ah-style) tetapi tidak berlandaskan Shari’ah (not Shari‘ah-based) yang mana para pelabur langsung tiada pertalian langsung dengan projek-projek yang telah mereka melabur dan mereka menganggap akan memperolehi kadar pulangan yang tetap dan fahami bahawa tiada sebarang risiko dalam pelaburan-pelaburan tersebut.
Lebih menyedihkan kata Dr. Askari, pengabsahan produk-produk sebegini mendapat pengesahan daripada ulama’ yang duduk dalam lembaga pengarah (sudah tentu mereka dibayar jutaan ringgit setiap tahun) yang kadang kala lebih daripada satu bank dan ini sebenarnya menimbulkan persoalan konflik berkepentingan (conflict of interest). Dr. Askari menunding kembali kepada krisis ekonomi dan kewangan di Dubai yang mana pada awalnya bila mana bank telah membuat banyak keuntungan dengan keengganan untuk mengaku bahawa produk mereka yang kononnya berlandaskan Shari‘ah itu tidak mengamalkan riba’, tetapi bila mana berlaku kemelesetan ekonomi (economic meltdown) para pelabur itu kaget dan melukut meminta untuk diselamatkan daripada terjejas teruk (bailed out). Kata Dr. Askari ini adalah satu ironi kerana jikalau benar pelaburan yang mereka buat itu benar-benar berlandaskan Shari‘ah, para pelabur itu patut tahu berkenaan peluang mereka sama ada untuk mendapat keuntungan atau kerugian dalam pelaburan tersebut.
Peristiwa sebegini benar-benar telah membuka tembelang sistem yang dinamakan perbankan Islam tetapi pada hakikatnya telah tersadung dalam sistem perbankan konvensional yang diketahui umum mempunyai masalah yang bersifat sistemik. Sudah sampai masanya pemimpin dan ilmuan Muslim kembali merenung dengan mendalam akan gagasan Pengislaman Ilmu Kontemporari yang pada asasnya mampu menawarkan penawar jangka panjang yang lebih syumul (menyeluruh dan lengkap) khususnya bidang ilmu ekonomi yang semakin tenggelam dalam krisis yang melanda teruk di dunia Barat khususnya Eropah.
BERKAITAN:
HAKIM
Thursday, June 21, 2012
Kerjasama MAS dan AirAsia
Kedua-dua syarikat penerbangan terkemuka Asia itu telah menggantungkan sementara urus niaga saham masing-masing.
Pertukaran saham antara MAS dan Air Asia dikatakan telah mengakibatkan kemerosotan semangat bekerja di kalangan kakitangan MAS sehingga menjejaskan pemulihan syarikat penerbangan nasional itu.
Oleh itu, tidak hairanlah jika pertukaran saham itu bakal ditarik balik demi pemulihan MAS.
Walau bagaimanapun, kolaborasi ataupun kerjasama tersebut dilihat masih relevan dan perlu diteruskan memandangkan ia adalah antara langkah yang akan meletakkan semula MAS di landasan menjana keuntungan.
Kerjasama antara dua syarikat bukanlah satu perkara yang baru.
Sejarah dunia perniagaan misalnya menunjukkan bahawa syarikat terkemuka dunia, Apple Inc, pernah rugi berbilion dolar serta diancam bankrap pada tahun 1997 berbanding pesaingnya, Microsoft, yang mencatat keuntungan yang tinggi dan kedudukan kewangan yang kukuh.
Namun pengasas Apple, mendiang Steve Jobs telah berjaya menyelamatkan syarikat itu dengan membuat kolaborasi dengan Microsoft meskipun tindakan tersebut dikritik hebat segelintir pihak pada awalnya.
Menurut mendiang, corak perniagaan di zaman ini memerlukan kerjasama membina di antara pesaing di mana permusuhan antara mereka hanya akan membawa kepada perkara-perkara yang merugikan antara satu sama lain.
“Apple memerlukan bantuan rakan perniagaan…hubungan yang membawa kemusnahan tidak membantu (perniagaan) antara satu sama lain di zaman ini.
“Kita perlu melupakan tanggapan ‘Apple menang, Microsoft kalah’,” katanya di satu seminar Macworld yang diadakan di Boston pada tahun 1997.
Akhirnya, kata-kata dan tindakan kolaborasi di antara dua taikun perniagaan, Steve Jobs dan Bill Gates, terbukti tepat serta menyaksikan kedua-dua syarikat milik mereka itu berkembang pesat sebagai peneraju dunia teknologi hari ini.
Begitu juga Air France dan KLM yang telah lalui jalan yang sama.
Kalau kita lihat syarikat-syarikat oil and gas juga berkolaborasi dalam operasi mereka, masing-masing masih mengekal identiti dan masih bersaing antara satu sama lain.
Selama 20 tahun MAS berkembang maju dan menjadi ‘duta kecil’ negara membawa nama Malaysia mengharum di serata dunia.
Dari hanya memiliki pesawat jenis Fokker dan Douglas DC pada awal pengoperasiannya, MAS kini memiliki pesawat jenis boeing dan airbus, serta mempunyai sekitar 20,000 pekerja yang menjadi nadi penggerak kepada kecemerlangan syarikat milik kerajaan (GLC).
Malangnya, memandangkan MAS merupakan satu perkhidmatan awam yang diwujudkan sebagai salah satu keperluan menyediakan khidmat kepada rakyat dan negara ini, ia tidak terlepas dari mengalami kerugian meskipun mencatat keuntungan ratusan juta ringgit di era kegemilangannya.
Situasi terkini MAS menunjukkan syarikat penerbangan negara yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu sedang berada di dalam keadaan ‘tenat’, ‘nazak’ dan ‘nyawa-nyawa ikan’.
Sekiranya keadaan tersebut tidak dipulihkan, dikhuatiri MAS akan kehabisan aliran tunai dan bankrap menjelang tempoh suku kedua tahun ini yang akhirnya akan menyebabkan lebih 20,000 kakitangan GLC itu kehilangan pekerjaan.
Dan malapetaka yang dijangka melanda MAS itu sewajarnya tidak boleh dibiarkan berlaku dan ia memerlukan ‘sentuhan ajaib’ bagi memulihkan GLC tersebut untuk kembali sebagai antara syarikat penerbangan terhebat di dunia.
Justeru itu, salah satu ‘sentuhan ajaib’ ini adalah kerangka kerjasama komprehensif (CCF) di antara MAS bersama syarikat penerbangan kos rendah ternama dunia, Air Asia untuk mengenalpasti kerjasama yang sinergistik.
CCF yang sinergi di dalam bidang seperti perolehan bersama, latihan, penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih pesawat (MRO), pengendalian darat dan urusan kargo dapat mengurangkan kos operasi serta meningkatkan daya saing masing-masing.
Dengan adanya kolaboratif yang saling melengkapi kecekapan teras kedua-dua pihak, maka kos tentu sekali dapat dikurangkan sebab ada jumlah, skala ekonomi dan rundingan untuk mendapatkan kos yang lebih memberi kelebihan bagi kedua-dua buah syarikat.
Dengan kerjasama berkenaan juga, kedua-dua pihak dilihat mampu berganding bahu saling membantu dalam memikul beban tugas dan berkongsi kreativiti serta pengalaman yang berkaitan untuk kepentingan bersama.
Bukan saja MAS dan Air Asia sahaja yang memperoleh kebaikan kerjasama ini, malah para penumpang pesawat mereka juga akan berpeluang untuk menikmati pilihan yang lebih baik untuk memilih penerbangan mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing.
Sesungguhnya, kolaborasi di antara MAS – Air Asia merupakan satu kerjasama terbaik dan banyak memberi kelebihan kepada pemulihan serta penambahbaikkan MAS, khususnya berhubung beberapa perkara yang melibatkan penggunaan bahan api dan perolehan yang menjimatkan kos.
Sebagai contoh, Air Asia yang selama ini menghantar pesawat-pesawatnya ke Singapura untuk diselenggara, kini boleh berkongsi kepakaran dan kelengkapan penyelenggaraan milik MAS di Subang sebagai pusat penyelenggaraan kapal terbangnya.
Untuk apa Air Asia perlu susah-susah menghantar pesawat-pesawatnya ke Singapura untuk diselenggara sedangkan Malaysia sendiri memiliki prasarana, kepakaran, penjimatan kos dan rakan niaga yang lebih baik serta menguntungkan kedua-dua belah pihak?
Begitu juga dari segi perolehan, sama ada berhubung alat ganti pesawat ataupun penyediaan makanan, kos operasi akan dapat dikurangkan dengan memiliki skala ekonomi dan jumlah yang lebih berkesan.
Penjimatan kos yang terhasil dari kolaborasi antara MAS – Air Asia ini sememangnya banyak manfaatnya jika diperhalusi dengan lebih teliti. Berapa ramaikah gaji pekerja yang boleh dibayar dengan jumlah penjimatan sebanyak itu.Sebenarnya, kolaborasi di antara MAS – Air Asia ini masih baru dan memerlukan masa untuk dibuktikan keberkesanannya. Kalau belum mula dilaksanakan sepenuhnya pun sudah dikritik, agak payahlah MAS untuk bangkit semula dari ‘nazak’nya.
Justeru, MAS – Air Asia perlu diberikan peluang untuk berkerjasama untuk memastikan industri penerbangan negara ini kembali mencatat keuntungan dan memainkan peranan penting sebagai ‘duta kecil’ yang membawa nama Malaysia di seluruh pelosok dunia.
Dengan mengukuhkan kedudukan MAS dan Air Asia sebagai dua syarikat penerbangan utama, tidak mustahil kedua syarikat ini bakal memerlukan tenaga kerja yang lebih dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.
BERKAITAN:
RENCANA ILMIAH
PANDANGAN TUN DR. MAHATHIR
KENYATAAN TAN SRI AZMAN HASHIM
Syaaban dan kelebihannya
Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam. Rasulullah
mencintai bulan Syaaban. Baginda banyak berpuasa sunat pada bulan ini.
Rasulullah melakukannya bagi menjadi contoh kepada umatnya.
Selain memperbanyakkan amal kebajikan pada bulan ini, ia adalah latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.
Saidatina Aisyah melaporkan, “Rasulullah sering berpuasa
sehingga kami berkata: Sesungguhnya Baginda berpuasa dan Baginda
berbuka sehingga kami mengatakan Baginda berbuka. Saya tidak pernah
melihat Baginda berpuasa sebulan lebih banyak daripada puasa Baginda
pada bulan Syaaban. Kadang-kadang, Baginda berpuasa Syaaban sebulan
penuh dan kadang-kadang Baginda berpuasa sedikit daripadanya.”
(Direkodkan oleh Muslim)
Keistimewaan bulan ini adalah amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah. Maka sewajarnya sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadat dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyakkan puasa, bertaubat dan beristighfar, memperbanyakkan zikir dan doa.
Rasulullah pernah ditanya mengapa Baginda melebihkan bulan Syaaban berbanding bulan lain lalu Baginda berkata, “Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadat kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadatku diangkat ketika aku berpuasa.” (Hadis direkodkan oleh Nasaie)
Pertengahan Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam hadis sahih, Muaz bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata, “Allah menjenguk datang kepada semua makhluknya pada malam Nisfu Syaaban, diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis direkodkan oleh Ibn Majah, Tabrani dan Ibn Hibban).
Islam mengajar umatnya menjaga dan menggunakan masa dengan beriadah kepada Allah dalam apa juga bentuk ibadat sama ada ibadat khusus mahupun umum. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan.
Rasulullah menggalakkan kita supaya melakukan kebaikan terutama ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah secara berterusan walaupun sedikit.
Baginda sendiri bukan saja kuat beribadat khusus, memohon keampunan, malah Baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan paling besar adalah sebagai pemimpin negara serta ummah. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut syariat Islam.
BERKAITAN:
ARKIB BERITA HARIAN

Tuesday, June 19, 2012
Ikhwanul Muslimin menang di Mesir
Ikhwanul Muslimin semalam (18 JUN 2012) mengisytiharkan kemenangan calonnya, Mohammed Morsi, pada pilihan raya presiden, kejayaan pertama pergerakan itu menjadi ketua negara dalam arus bantahan rakyat menuntut demokrasi yang melanda Asia Barat sejak tahun lalu.
Namun, kuasa presiden baru itu turut dikongsi pemerintah tentera, tindakan yang dilihat bakal meningkatkan lagi ketegangan dan konflik sedia ada.
Dengan pembubaran Parlimen dan undang-undang tentera dikuatkuasakan, golongan jeneral mengemukakan Perlembagaan sementara yang memastikan cengkaman mereka ke atas negara terus kekal dan membelakangkan presiden.
Mereka akan menjadi ahli perundangan Mesir, akan mengawal perbelanjaan dan akan menentukan siapa menulis Perlembagaan kekal yang akan membentuk masa depan negara itu.
Pergerakan itu kelmarin menegaskan ia tidak mengiktiraf pembubaran Parlimen yang dikuasainya dan menolak Perlembagaan sementara tentera dan haknya untuk memantau proses merangka Perlembagaan baru.
Ia menunjukkan kemungkinan berlaku pergelutan berhubung kekuasaan antara dua pihak terkuat Mesir. Ikhwanul Muslimin berkempen atas landasan membawa Mesir lebih dekat dengan pemerintahan sebenar Islam tetapi tentera menghalang usaha itu.
BERKAITAN:
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA -PAHIT MANIS KEMENANGAN MURSI
Monday, June 18, 2012
Irsyad Manji dan Pemikirannya
Selepas membaca buku Irsyad Manji, saya sudah faham apa keinginannya. Dia ingin menjadikan Islam ini seperti Katholik dan Protestan.
Golongan Ahli Sunnah dianggap sebagai jumud. Manakala pemikirannya pula ingin; kononnya mahu keluar dari kejumudan yang mengekang pemikiran manusia. Dia hanya mahu mewujudkan 'Islam Protestan'.
Amat penting bagi kita mempelajari sejarah, bagaimana lahirnya Katholik dan Protestan ini dan punca-puncanya supaya dapat MENDIDIK masyarakat (Malaysia khususnya) akan bahaya pemikiran seperti ini.
Ini bukan pemikiran baru, tapi istilah baru. Idea ini telah lama di Malaysia yang 'dipelopori' oleh Kassim Ahmad malah disokong pula oleh pemimpin tertinggi di Malaysia (di laman web Bacaan).
Apa yang paling penting adalah MENDIDIK MASYARAKAT dan bukannya menggunakan 'kuasa' supaya masyarakat tunduk patuh MENGIKUT PEMIKIRAN PENGUASA. Contohnya seperti memaksa masyarakat bertaklid buta.
Inilah yang berlaku kepada umat Islam sekarang. Jika perkara ini berterusan maka tidak mustahil pemikiran Irsyad Manji dan Kassim Ahmad akan diterima masyarakat dan lahirlah 'Islam Protestan'.
LINK BACAAN SECARA PERCUMA
Pandangan politik setakat 11 Jun 2012
ARTIEKL YANG DISALIN DARI PENGALAMAN IZZUDIN YUSSOF
Alhamdulillah, dah dekat 5 hari aku ada kat Malaysia, seperti tahun-tahun yang dulu, dua perkara utama yang aku rasa paling obvious antara UK dengan Malaysia adalah cuaca dan pemandunya. Cuaca Malaysia masih jauh lebih selesa walaupun panas, manakala ‘etika’ pemanduan di Malaysia pula mmg masih sgt berbeza dengan UK, malahan kadang-kadang bila nak buat baik pun macam nak bagi jalan pun tak reti, sebab kalo bg flash light orang Malaysia akan ingat yang kita marah
Anyway, sekadar pemerhatian melalui surat khabar, TV, dan sembang-sembang di kalangan famili dan orang-orang yang dikenali di Malaysia. Ini sekadar konklusi aku berkaitan politik di Malaysia
Point pertama: Kunci peluang kemenangan PR adalah di kalangan pemuda, kaum cina dan internet
Jikalah bukannya tahun ni akan bertambah 5 generasi yang baru, yang tidak pernah mengundi, dan sukakan internet join terlibat di dalam plihanraya, maka PR bolehlah dikatakan xde peluang untuk menang pun. Jika kerajaan menggunakan media massa rasmi seperti TV dan surat khabar untuk mengaut undi, maka pembangkang pula berjaya menggunakan internet untuk mengaut undi
So kat sini aku nak timbulkan dua persoalan berkaitan isu ni:
1) Bukankah itu bermaksud golongan tua tidak menyukai PR?
2) Ataupun adakah kerana golongan muda ini masih mentah dan mudah dipengaruhi?
Untuk persoalan pertama, hakikatnyalah, segala yang dilakukan PR tidak menarik perhatian golongan tua sangat pun. Secara general majoriti golongan tua sudah mempunyai prinsip perjuangan yang tetap, yang hampir tidak mungkin untuk diubah, maka jika kehilangan prinsip perjuangan tersebut, maka parti tersebut pun tidak akan lagi diundi golongan tua tersebut
Secara general?
Yang melayu akan inginkan melayu dipelihara – maka segala jenis ancaman kepada kaum melayu, termasuklah persaingan yg semakin kuat, pemberian kuasa kepada bukan melayu, dan sebagainya akan ditentang (which is PR buat)
Yang inginkan Islam akan inginkan syariat Islam -maka segala jenis strategi dakwah yang tidak secara terus menyebut inginkan Islam seperti ‘negara berkebajikan’, akan kehilangan undi mereka. Yes, mungkin akan ada yang rasa macam “tapi takkanlah diorang undi BN? since BN pun obvious taknak kepada Islam?” – maka apabila kedua-dua pihak tidak akan menjalankan syariat, maka akan datanglah ‘kepentingan’ yang kedua, iaitu siapakah yang lebih memusuhi Islam? DAP atau MCA? – maka di sini BN menjadi calon yg lebih ‘baik’
Yang Cina akan inginkan kebajikan Cina terjaga. MCA dah gagal memberikan kaum Cina hak diorang sangat selama ni, so why not try for the alternative? which is the DAP? Perkara ni tidak berubah, dari kaum tua sehinggalah kaum muda. Hakikatnya akhbar cina semuanya menunjukkan betapa positifnya Bersih 3.0 membuktikan tidak kira di media massa rasmi, ataupun di internet, kaum cina secara majoriti besar menyokong DAP dan PR
Berkaitan adakah golongan muda masih mentah? Jujurnya, aku tidak menafikan kemungkinan itu, jika kita merasakan dengan PR itu naik akan hilangnya korupsi, tidakkah anda tahu hampir kepada mustahil untuk orang melayu memegang business bengkel kereta disebabkan harga pembekal akan dijual dengan sangat mahal pada tauke melayu dan akan dijual dengan murah pada tauke cina? itu hanya satu contoh di dalam bengkel kereta, tetapi hakikatnya business-business di malaysia ini masih sangat banyak dipegang oleh kaum cina, dan biased kepada orang cina. Masih ingat ada satu company tu, a giant conglomerate in Malaysia, antara bahasa pilihan time nak apply kerja, antara English dan Cina, Bahasa Melayu takde pun.
Mereka yang sudah tua, yang mempunyai banyak pengalaman di dalam business, dan di dalam pengurusan kerajaan, menyedari hakikat ini… Rasa-rasa, adakah masih akan senang untuk kita belajar di oversea, di IPT-IPT, kalau perkara ni (bias) berterusan ketika diorang memegang jawatan penting?
Yes, mmg hakikat orang melayu yg memerintah sekarang bias kepada melayu, tetapi persoalannya, jamin ke kalau cina memerintah nanti diorang tak jadi lebih bias daripada melayu sekarang? Everything will be easy if everyone is honest, tapi takde siapa yang berani nak menjadi honest dulu sebab takut akan ditikam belakang
Point kedua: Pembangkang gagal menarik minat golongan neutral
Tuduhan yang tidak didasari fakta dan akhirnya terbukti sebagai fitnah, Bersih 3.0 yang mendatangkan kacau bilau tapi tidak membawa sebarang manfaat, ketakutan jatuhnya Islam dan Melayu jika PR naik, serta tertutupnya pemikiran golongan pro-pembangkang mahupun pro-kerajaan menjadikan golongan neutral semakin tidak tahu siapa yang ingin diundi, dan tidak kurang juga semakin ramai yang cenderung kepada kerajaan disebabkan 3 point pertama di dalam perenggan ini
Ada satu golongan yang tidak akan menyedari hakikat ini, iaitu golongan yang lahir dalam keluarga pembangkang, dan dikelilingi golongan pembangkang di dalam hidupnya
Point ketiga: At the end BN is cleverly using every resources they have, both money and media
seriously, sangat ramai rakyat yang ada dapat duit daripada kerajaan, tak kiralah daripada penjawat awam, kepada penjawat swasta secara terus ataupun tidak, juga kepada pelajar-pelajar tajaan kerajaan di luar negara yang akan mendapat kenaikan duit sara hidup mulai tahun depan. Sape tak suka dapat duit, especially mereka yang ada tanggungan keluarga dan menderita dengan naiknya harga barang di pasaran….
dari segi media pula, tidak semua orang ada kemewahan membuka media setiap hari untuk update berita, jadi sebenarnya golongan muda yang masih belajar, atau golongan berkerja yang free je masih boleh membuka internet membaca berita setiap hari. Maka apabila TV dan surat khabar yang lebih ‘senang dicapai ketika minum teh’ dijadikan bahan utama, maka memang konfimlah, pembangkang memang gagal. Dari segi nak tegakkan Islam, dari segi kebolehan sebagai pemerintah, dan dari segi nak selamatkan melayu, pembangkang memang gagal habis
ah ye, konklusi aku daripada semua ni? PR akan kalah, aku agak yakin 76.99%
Hanya orang dewasa yang begitu sangat minat politik sahaja yang akan rajin membuka internet dan boleh terbaca hujah-hujah pembangkang, namun malangnya peratusan itu tersangatlah rendah
aku? aku bukan nak undi pembangkang sbb aku suka sangat pembangkang, tapi sebab aku nak tengok apa perubahan yang diorang boleh buat, selepas semua ‘utopia’ yang diorang berikan
Malaysia hakikatnya akan jadi ‘sangat menarik’ tak kira BN atau PR yang menang kali ni haha….. why? sebab aku rasa kalau BN menang, PR pasni dah xkn boleh bertahan as it is, since DSAI dah tua sangat, sedangkan dioranglah yang menjadi bridge antara semua parti dlm PR
dan kalau PR menang? aku rasa akan byk konflik berlaku dlm PR, yg sehinggakan utk next PRU, PR xkn bergabung dah. Tp at the same time diorang akn tunjukkan yg Msia boleh jadi lebih baik drpd BN kalo bkn BN yg memerintah.
BERKAITAN:
IZZUDIN YUSSOF

Thursday, June 14, 2012
Surat Ayahanda Kepada Anakanda
Kehadapan anakanda suami isteri yang dikasehi,
Ayahanda harapkan anakanda sekeluarga dalam kandungan sehat walafiat bersambung zuriat dan dilimpah kurnia Allah seru sekian alam. Pelok cium ayahanda untuk cucuanda Nini yang amat amat ayahanda rindui. Amin ya rabbul alamin.
Anakandaku,
Ayahanda telah terdengar khabar berita bahawa anakanda telah menulis surat kepada yang mulia Tun. Ayahanda ada juga mendengar khabar berita bahawa anakanda telah bersusah payah cuba menerangkan duduk pekara kepada Tun. Ayahanda juga difahamkan yang anakanda menulis surat itu untuk mempertahankan nama baik keluarga kita. Amin.
BERKAITAN:
TUKAR TIUB

Apa itu hukum karma?
Empat tahun dahulu saya adalah perokok tegar. Tiga
kotak sehari rokok cengkih adalah amalan saya. Hasilnya, saya sering
terbatuk-batuk. Untuk saya ini adalah hukum karma.
Hukum karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.
BERKAITAN:
TUKAR TIUB
Dari Hati ke Hati - Meluahkan Perasaan
SURAT KAY JAY UNTUK TUN MAHATHIR
Yang mulia Tun,
Sebenarnya saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenong berfikir bekali-kali tentang baik buruknya jika saya menulis surat ini kepada Tun.
Tangan saya telah berkali-kali ingin mengambil buluh dan dakwat untuk melakar surat ini. Malah telah dua kali sya mencabut bulu kepak itik angsa untuk saya jadikan kalam. Saya juga telah membancuh arang dengan air buah keduduk sebagai tinta. Sesekali tangan saya menggigil macam tangan Mat Pet apabila saya terfikir tentang apa yang ingin saya tulis.
Biarlah saya berterus terang menyatakan duduk pekara. Saya ingin memperjelaskan sajelas mungkin kenapa saya menulis surat ini.
Dua hari dahulu ketika saya sampai ke rumah sesudah selesai menguruskan Kelab My Team, saya terperanjat besar apabila isteri saya terisak-isak menangis ditepi pintu. Isteri tercinta saya tetiba meraung dan memeluk badan saya. Saya terperanjat besar dengan sambutan sabagini.
Saya menjangkakan tangisan ini pastilah kerana isteri saya ini telah mendapat satu lagi panggilan fitnah tentang saya dengan Maya Karin. Saya tahu memang banyak fitnah dan tohmah yang telah ditaburkan kepada saya. Alhamduliah, isteri gedempol saya ini masih lagi setia. Kami bahagia sebagai suami isteri walau pun ramai yang menuduh saya berkahwin hanya untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan politik saya.

Thursday, June 7, 2012
Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang
rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi,
merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam.
Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam.
Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” –
BERKAITAN:
Mynewshub

Saturday, June 2, 2012
Ekonomi Amerika kembali dalam bahaya
WASHINGTON: Ekonomi Amerika Syarikat (AS) kini kembali parah apabila
hanya 69,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada bulan Mei, menjadikan
angka berkenaan paling sedikit dalam setahun.
Buat kali pertama sejak Jun tahun lalu, kadar pengangguran meningkat kepada 8.2 peratus daripada 8.1 peratus.
Ia adalah bulan ketiga berturut-turut pertumbuhan lemah dalam
sektor pekerjaan, bukti kukuh apabila 2010 dan 2011 harapan terhadap
pertumbuhan positif ekonomi negara itu bertukar kekecewaan.
"Ini adalah dahsyat," kata ketua ahli ekonomi di firma perundingan Ekonomi Frekuensi Tinggi, Ian Shepherdson.
Statistik pekerjaan dikeluarkan semalam oleh Jabatan Buruh, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Presiden Barack Obama menjelang kempen pilihan raya umum. - AP
SUMBER:
BERITA HARIAN
KOMENTAR:
Ya, inilah kesan daripada sistem fiat monetari yang mengguna pakai fractional reserve sebagai asas sistem kewangan. Sistem yang riba inilah yang bakal jahanamkan ekonomi Amerika. Detik-detik bahaya bakal menyusul selepas ini walaupun suntikan rangsangan ekonomi bertrillion-trillion telah di umumkan oleh Presiden Obama, tetapi saya yakin yang ia tidak akan bnerfungsi. Sistem ini telah menjadi barah tahap kemuncak Ia sukar diubatkan melainkan hapuskan semua bunga dan interest dalam sistem.
Buat kali pertama sejak Jun tahun lalu, kadar pengangguran meningkat kepada 8.2 peratus daripada 8.1 peratus.
Statistik pekerjaan dikeluarkan semalam oleh Jabatan Buruh, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Presiden Barack Obama menjelang kempen pilihan raya umum. - AP
SUMBER:
BERITA HARIAN
KOMENTAR:
Ya, inilah kesan daripada sistem fiat monetari yang mengguna pakai fractional reserve sebagai asas sistem kewangan. Sistem yang riba inilah yang bakal jahanamkan ekonomi Amerika. Detik-detik bahaya bakal menyusul selepas ini walaupun suntikan rangsangan ekonomi bertrillion-trillion telah di umumkan oleh Presiden Obama, tetapi saya yakin yang ia tidak akan bnerfungsi. Sistem ini telah menjadi barah tahap kemuncak Ia sukar diubatkan melainkan hapuskan semua bunga dan interest dalam sistem.
Subscribe to:
Posts (Atom)